Pelakon Datin Paduka Eina Azman membuat keputusan untuk membantu 100 keluarga yang memerlukan bantuan daripada pengikut akaun Instagram miliknya.

Menurut Eina, ia susulan selepas ramai yang telah menghantar mesej peribadi untuk meminta bantuan daripadanya.

“Memandangkan terlalu ramai yang DM (mesej peribadi) Eina minta bantuan untuk keperluan harian…Jadi Eina decide untuk tolong 100 keluarga yang betul-betul susah dah memerlukan bantuan ni.

“Yang betul-betul susah ya. Tolong DM Eina alamat nanti saya akan hantar terus barang keperluan dapur,” katanya.

Pelakon The Maid itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Eina memuat naik foto bendera putih.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usaha tersebut serta mendoakan Eina murah rezeki.

Terdahulu Eina pernah membantu golongan peniaga kecil dalam mempromosi perniagaan mereka secara percuma di akaun IG miliknya.

Eina berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmet dan dikurniakan sepasang anak kembar, Karl dan Aubrey.

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)