Laman Utama
“Yang Penting Dia Belum Kahwin & Tiada Anak”- Siti Saleha Mengaku Sedang Mengenali Hati Joshua Fitton
Pelakon Siti Saleha tampil menjelaskan mengenai perkongsian foto terbaharunya di Instagram bersama seorang jejaka tampan yang tular sehingga menjadi bualan ramai ketika ini.
Pernah mengeluarkan kenyataan sedang mengenali seseorang, pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum berkata ia adalah jejaka yang sama pernah dimaksudkannya sebelum ini.
Bagaimanapun, kata aktres berusia 33 tahun itu, mereka berdua masih dalam tempoh berkenalan dan sedang mengenali hati masing-masing.
Advertisement
“Yes, betul, dia adalah orang yang pernah saya katakan sebelum ini, kami sedang berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.
“Apa pun, dengan berkongsi gambar bersamanya, saya harap semua orang tidak melebih-lebih untuk fikir apa yang seterusnya kami perlu lakukan. Ini adalah tempoh berkawan untuk kami berdua,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Ditanya bagaimana bermulanya berkenalan dengan jejaka tersebut yang dipercayai seorang pereka fesyen, Saleha menjelaskan ia bermula daripada perkenalan adik kepada jejaka berkenaan.
“Dia seorang pereka fesyen, saya pada mulanya hanya mengenali adik dia, kemudian baru mengenalinya. Everything going ok. Semoga semua yang baik-baik sahaja,” tambahnya.
Dalam masa sama, Saleha sempat berseloroh dengan mengatakan perkara paling penting adalah dia merupakan seorang bujang dan tiada anak.
“Apa yang penting dia belum kahwin dan tiada anak,” selorohnya sambil tergelak kecil.
Must-Watch Video