Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon jelita Siti Saleha mencuri tumpuan wargamaya.

Menerusi perkongsian tersebut, Saleha dilihat memuat naik beberapa keping foto mesra bersama seorang jejaka tampan yang dipercayai seorang pereka fesyen bernama Joshua Fitton.

Hal itu, lantas menimbulkan persoalan dalam kalangan wargamaya sehingga ada yang mengatakan jejaka tersebut merupakan teman lelaki baharu Saleha.

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho)

Dalam pada itu, foto berkenaan turut memperlihatkan jejaka tersebut yang segak mengenakan kot lengkap berwarna hitam sedang merangkul pinggang aktres berusia 33 tahun itu.

Difahamkan gambar tersebut dirakam ketika mereka berdua menghadiri sebuah majlis jenama fesyen terkenal yang berlangsung di ibu kota baru-baru.

Menjengah ke ruangan balas, ramai kalangan selebriti yang begitu teruja dan sempat mengusik Saleha dengan meninggalkan emoji sticker berbentuk hati sebagai tanda mereka suka melihat Saleha bersama jejaka itu.

Malah tidak kurang juga ucapan tahniah yang sempat ditinggalkan oleh wargamaya sebelum Saleha bertindak menutup ruangan komen perkongsian berkenaan.

Terdahulu, Saleha mendedahkan sedang berkenalan dengan seorang lelaki. Namun dirinya masih belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.

BACA: “Dia Seorang Lelaki Yang Baik”, - Siti Saleha Dalam Fasa ‘Berkenalan’, Akan Dedah Identiti Jejaka Bertuah

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!