Laman Utama

Yazmin Aziz Hairan Kenapa Ramai Orang Stress Lihat Dia Bercinta Dengan Lelaki Berbeza Agama

gempak
Izwan Isa
02/09/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Yazmin Aziz Hairan Kenapa Ramai Orang Stress Lihat Dia Bercinta Dengan Lelaki Berbeza Agama
Sejak beberapa bulan lalu, kisah percintaan antara penyanyi Yazmin Aziz dan pemain TRW Kelantan FC, Gulherme Brizolara hangat menjadi bahan bualan netizen.
Sehinggakan, ada yang mengkritik cara pergaulan Yazmin yang dikatakan terlalu mesra dengan Gulherme dan terdapat juga mendakwa peserta Big Stage 2022 telah pun mendirikan rumah tangga.
Menerusi temu bual bersama Gempak sebelum ini, Yazmin berkata yang dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang dan hanya boleh memberi fokus untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik.
Terbaharu, netizen sekali lagi menyorot kisah hubungan cinta Yazmin dengan bertanyakan soalan mengenai agama kekasihnya itu.
@yazminaziz Replying to @edhz_0812 bapa saya dulu pun Christian ? #fyp #tiktokmy #couple ♬ original sound - Yazmin Aziz
Menerusi platform TikTok, Yazmin menjelaskan yang Gulherme merupakan penganut Katolik.
“Okey bespren ramai yang tanya benda sama, jadi saya akan jawab pertanyaan tersebut. No, dia bukan Kristian. Tapi dia seorang Katolik.
“Yes dua-dua agama kami berbeza. But bespren, I don’t understand, kenapa ramai orang stress daripada kami, tentang agama berbeza?” katanya.
Begitupun, lain ceritanya di ruangan komen. Meninjau respons pengikut Yazmin dan juga pengguna TikTok, ramai dilihat memperbetulkan fakta yang diutarakan oleh Yazmin.
Yazmin merupakan penyanyi dan pengsohor TikTok berdarah campuran. Ibunya merupakan orang Melayu manakala bapa dan bapa tirinya berasal dari Filipina. Yazmin pernah menetap di Filipina selama sekitar lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live