Sepotong klip sedutan daripada episod terbaharu Jangan Menangis Cinta lakonan Kiah Propa dan Amyra Rosli tular di TikTok baru-baru ini.

Dalam klip berkenaan, Kiah Propa yang memegang watak sebagai Mak Yang, ibu kepada Riyana (Amyra Rosli) berkonfrontasi bila berbicara soal jodoh.

Mak Yang seakan-akan merajuk bila Riyana enggan menerima lamaran berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.

"Yelah, aku ni kan mak tak guna, mak suka pentingkan diri, tak fikir anak-anak. Aku ni tak bagi tak macam mak orang lain," kata Mak Yang dalam babak tersebut.

Namun, yang menjadi kelakarnya apabila dialog Mak Yang itu kata netizen seakan-akan mirip dengan karakter ibu masing-masing. Play victim tapi dalam masa sama 'pedas'!

"Ayat mak dia macam biasa dengar...

'Ayat mak-mak selalu cakap!

"Aku syak watak mak dia ni belajar dari mak aku lah...," tulis beberapa pengguna TikTok terhibur dengan karakter Mak Yang.

@iamdramaqueen247 Setiap mak nak yang terbaik untuk anak2 #JanganMenangisCinta #noveljanganmenangiscinta #megadrama #dramamelayu #amyrarosli #makyang #ayangbintisatna ♬ original sound - IamDramaQueen247

Nak tahu apa yang bakal terjadi kepada Riyana selepas ini? Teruskan menonton drama adaptasi novel penulis tersohor Siti Rosmizah, Jangan Menangis Cinta!

Jangan Menangis Cinta mengisahkan perkahwinan yang dirancang antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) membuatkan mereka saling jatuh cinta selepas Riyana didapati berbadan dua. Namun perkahwinan mereka duji apabila anak yang lahir kurang upaya.

Hasil garapan sutradara Raja Mukhriz, drama ini dibintangi barisan pelakon Remy Ishak, Amyra Rosli, Wanns Ahmad, Halim Radzi, Rita Nadira, Hawra, Kiah Propa, Dato Hilal Azman, Atilia Haron dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan menonton drama bersiri Jangan Menangis Lagi di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.