"Bismillahirrahmanirrahim, hai isteri," demikian coretan ringkas penyanyi rap Yonnyboii berkongsi foto pertama bergelar suami kepada pempengaruh, Nik Nazira pada Khamis.

Memuat naik hantaran terbabit di Instagram, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, merakamkan sekeping foto wefie bersama Nik Nazira dengan masing-masing lengkap berbaju sedondon putih.



Yonny juga berkongsi fotonya di hadapan pelamin ketika majlis akad nikahnya.

Sementara itu, Nik Nazira juga berkongsi foto majlis pernikahan mereka sambil kedua-duanya duduk di atas pelamin yang dilatari bunga serba putih.

"Bismillah, saya mengahwini rakan baik saya. Kami telah adakan majlis nikah yang kecil-kecilan untuk ahli keluarga sahaja.

"Jumpa kalian semua pada majlis persandingan kami tahun hadapan," tulisnya.



Ruangan Instagram pasangan itu dibanjiri ucapan daripada rakan dan peminat mereka selain ada yang turut terkejut apabila pasangan itu tiba-tiba umumkan sudah berkahwin.

Yonny dan Nik Nazira telah selamat melangsungkan pertunangan pada 9 Oktober lalu yang hanya dihadiri kenalan dan keluarga terdekat.

Menggunakan tanda pagar khas #Yonnina, pasangan itu memaklumkan kepada media bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada awal tahun 2022.

BACA: Yonnyboii Tiba-Tiba Bertunang, Coret Ayat Jiwang - "Tak Pernah Sayang Orang Lain Sehebat Ini"

Usai majlis pertunangan, mereka dihimpit dengan kontroversi rampas kekasih seorang juruhebah radio. Bagaimanapun, kedua-dua pihak mengambil pendekatan 'move on' dan meneruskan hidup baharu.

BACA: "Yonny Janji Nak Dodoikan Setiap Malam Sampai Akhir Hayat" - Tunang

BACA: "Cukup-Cukuplah Perbesarkan Isu Ini" - Dituduh Rampas Kekasih Orang, Yonnyboii Tak Ambil Peduli, Mahu Fokus Majlis Kahwin


Gempak masih cuba mendapatkan kenyataan lanjut dari Yonny.