Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Bubur Daging Tok Ne & Sum Sum Gula Melaka, Sherry Alhadad Siap Tunjuk Bakat Masak Telur Dadar

gempak
Asyikin Mayudin
15/03/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
You Know Nothing About Cooking: Ini Resipi Bubur Daging Tok Ne & Sum Sum Gula Melaka, Sherry Alhadad Siap Tunjuk Bakat Masak Telur Dadar
Menariknya episod kali ini, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad belajar masak bubur daging Tok Ne dan Sum sum gila melaka.
Ibu angkat Sherry iaitu Datin Marlia Musa yang akan mengajar cara-cara untuk masak masakan itu.
Tapi siapa Tok Ne? Kenapa Sherry belajar masak bubur daging Tok Ne?
Untuk tetamu kali ini, kembar Sherry iaitu aktres Amelia Henderson akan mencuba masakan itu.
Korang rasa Amelia akan suka dengan masakan Sherry ke tak ya?
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh Bubur Daging Tok Ne + Sum sum gula melaka
Bahan Bahan:
Daging lembu kisar, bawang merah, bawang putih, halia, jintan hitam (ditumbuk), jintan putih (ditumbuk), udang kering (dikisar), perasa, beras, air,santan,telur, cili merah,bawang goreng, gajus, kacang tanah besar dan garam
Proses :
Cuci beras dan kemudian masakkan di dalam periuk bersama air yang banyak, letak kan garam sedikit. Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, selepas itu masuk kan jintan putih & hitam (ditumbuk) bila dah wangi, masukkan udang kering (di kisar) dan daging kisar, bila daging dah masak, masuk kan bahan tumisan ini ke dalam periuk bubur tadi. Kacau, warna bubur akan bertukar coklat. Kemudian tambah kacang tanah besar dan gajus. Siap untuk di hidangkan.
Untuk Hiasan: telur dadar, cili merah, dan bawang goreng.
Bahan Bahan sum-sum gula melaka : Gula Melaka, Gula pasir,Tepung beras,Garam,Santan,Air Daun pandan
Untuk air gula : Masakkan gula melaka dan gula pasir dgn air.. masak sehingga gula melaka hancur. Letak daun pandan. Bila dah masak tapis dan sejukkan.
Untuk Sum sum : Campur tepung beras dgn garam, Masukkan santan dan air ,kacau rata dulu,baru letak bahan tadi atas dapur. Kacau sampai masak dan jangan berketul
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024