Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Jom Masak Nasi Ayam Ikut Resipi Ini! Ayam Tak Boleh Kelar, Sherry Alhadad Salahkan Pisau Pula

gempak
Asyikin Mayudin
12/03/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
You Know Nothing About Cooking: Jom Masak Nasi Ayam Ikut Resipi Ini! Ayam Tak Boleh Kelar, Sherry Alhadad Salahkan Pisau Pula
Untuk episod kedua You Know Nothing About Cooking, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad akan memperlajari cara untuk masak nasi ayam.
Penyanyi terkenal Hazama pula menjadi selebriti yang akan mencuba nasi ayam yang dimasak oleh Sherry dengan tunjuk ajar daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.
Nampak mudah tapi kata Sherry, dia tak pernah rasa susah untuk membuat nasi ayam disebabkan selama ini hanya tahu ‘order’ sahaja di kedai makan.
Yang kelakarnya, Sherry menyalahkan pisau apabila dia tidak berjaya untuk mengelar ayam. Sedangkan pisau itu juga digunakan untuk memotong bahan-bahan lain.
Agaknya, apa komen Hazama bila makan nasi ayam Sherry buat itu ya.
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh nasi ayam masakan Sherry.
NASI AYAM
Bahan-Bahan :
Seekor ayam, bawang putih, bawang merah, halia, daun bawang, daun sup, sup bunjut, mentega, cili merah, tomato, gula, garam, cuka, timun dan salad.
Bahan perapan ayam : Bawang merah, kicap manis, kicap karamel, kicap cair, sesame oil dan honey.
Proses :
Untuk sup : Tumis bawang putih, bawang merah, halia, selepas naik bau, masuk kan air, sup bunjut, daun bawang dan daun sup.
Untuk nasi : Tumis nasi dengan mentega, kemudian masak nasi seperti biasa.
Utuk ayam : Perap ayam beresama bawang merah, kicap manis, kicap karamel, kicap cair, sesame oil, honey, perap selama setengah sejam, kemudian digoreng.
Untuk sos cili : Kisar cili merah dan tomato, kemudian masak bersama gula, garam dan cuka.
Dihidangkan bersama : Timun, salad dan tomato.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live