Bukan satu atau dua, tapi tiga menu yang perlu dimasak oleh pelakon dan pengacara Sherry Alhadad untuk episod kali ini.

Sherry akan masak roti jala, kari daging dan teh masala dengan tunjuk ajar daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.

Episod kali ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran tetamu iaitu pengacara terkenal Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom.

Kak Lina macam puji je masakan Sherry… sedap ke tu?

Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh roti jala, kari daging dan teh masala ;

Bahan-bahan roti jala :

Tepung gandum, telur, garam, kunyit serbuk, air, minyak dan daun pandan.

Proses :

Kisar tepung gandum, telur, garam dan kunyit serbuk. Tapis adunan, gunakan kuali yang nipis, letak minyak sedikit dan rata kan minyak dengan daun pandan yang diikat. Gunakan acuan roti jala untuk menjala roti di atas kuali.

Bahan-bahan kari daging:

Daging, bawang merah, bawang putih, halia, cili kisar, rempah tiga sekawan, rempah kari daging, kentang, air,santan, serai titik, garam dan gula

Proses :

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kemudian tambah cili kering dan rempah kari daging, masuk kan rempah tiga sekawan, bila pecah minyak, masuk kan daging, kentang dan air. Bila dah hampir masak, masukkan santan dan serai yang dititik.

Bahan-bahan teh masala :

Serbuk teh, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, jintan putih, jintan hitam, susu segar, gula, susu pekat dan susu cair.

Proses :

Rebus serbuk teh di dalam periuk, masuk kan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, jintan putih dan jintan hitam, masak hingga mendidih. Setelah mendidih, boleh masuk kan susu segar, gula, susu pekat dan susu cair. Kemudian tapis sebelum di hidang kan.