Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Ragam Sherry Alhadad Memasak, Ini Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak & Ayam Goreng Berempah

gempak
Asyikin Mayudin
16/03/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
You Know Nothing About Cooking: Ragam Sherry Alhadad Memasak, Ini Resipi Asam Pedas Ikan Jenahak & Ayam Goreng Berempah
Kali ini pelakon dan pengacara Sherry Alhadad kena masak dua menu iaitu asam pedas ikan jenahak dan ayam goreng berempah.
Seperti biasa, ibu angkat Sherry iaitu Datin Marlia Musa yang akan mengajar cara-cara untuk masak masakan itu.
Malah, suami kepasda Marlia Musa iaitu penyanyi Datuk M Nasir juga ada membantu Sherry dengan mengambil lengkuas di kawasan rumahnya.
Untuk tetamu kali ini, penyampai radio Sharifah Shahirah yang akan menikmati masakan Sherry.
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh Asam Pedas Ikan Jenahak & Ayam goreng berempah
Bahan-Bahan Asam Pedas Ikan Jenahak : Ikan jenahak (tiga keping) satu badan dan kepala (dibelah dua), bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, kunyit hidup, belacan, serai, lengkuas,daun kesum, asam jawa, bende, gula dan garam
Proses Asam Pedas Ikan Jenahak : Kisar Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, belacan. Panas kan minyak, tumis bahan kisar, masuk kan serai & lengkuas yang di tumbuk, tumis sampai garing, Masuk kan gula,garam dan air asam jawa. Bila mendidih, masuk daun kesum dan ikan. Setelah ikan masak, masuk kan bende.
Bahan- Bahan Ayam Goreng Rempah : Ayam, serai, halia, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, buah keras, garam. Perisa (stok ayam)
Proses ayam goreng rempah : Kisar serai, halia, lengkuas, bawang putih,kunyit hidup, buah keras. Kemudian gaulkan bahan kisar bersama ayam, tambah garam, perasa stok ayam. Perap dalam 10-30 minit, kemudian goreng.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024