Hiburan
Zahiril Adzim Mengaku Gemuruh Berlakon Babak ‘Sweet’ Dengan Ummi Nazeera – “Kalau Boleh Saya Nak Elak Sebab…”
Pelakon Zahiril Adzim mengakui gemuruh menjayakan watak mesra bersama Ummi Nazeera dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Gementar Jayakan Babak Sweet
Menurut Zahiril, dia menyifatkan lakonan yang memerlukan babak mesra antara pelakon seperti tidak jujur.
“Pernah ke nampak saya buat cerita yang sweet dan cinta macam ini? Tak pernah rasanya mungkin ada tapi tak pernah hit sebegini.
“Saya sebenarnya gementar, saya takut sampai cakap pada Ummi saya tak biasa buat babak-babak sebegitu. Kalau boleh saya nak elak.
“Sebab saya rasa macam tidak jujur, takut ia cringe (jengkel),” kongsinya.
Zahiril ditemui pada majlis tayangan perdana episod 32 drama lakonannya, Andai Tiada Dia di Dash Box Hotel, Cyberjaya, baru-baru ini.
Syukur Dapat Sparing Dengan Ummi
Biarpun kurang gemar dengan babak mesra, Zahiril tetap memberikan yang terbaik demi drama arahan Riza Baharuddin itu.
Malah, suami kepada pelakon Shera Aiyob itu juga bersyukur dia dan Ummi Nazeera sering berbincang sebelum menjayakan sesebuah babak.
“Saya banyak berbincang dengan Ummi, dipenghujungnya saya rasa setiap babak yang ‘sweet’ ini kena jujur dan tak boleh tipu.
“Saya tak boleh tengok orang berlakon ‘sweet’ tapi rasa macam tipu. Daripada saya mengutuk orang, baik saya kutuk diri saya sendiri. Saya cuba sejujur yang mungkin.
“Syukur saya dapat sparing yang betul-betul nak saya deliver dengan baik,” ujarnya.
Drama Andai Tiada Dia yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan ramai lagi itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Must-Watch Video