Zaidi Omar Titip Nasihat Buat Generasi Pelakon Baharu - “Ilmu Itu Penting, Pergi Kelas Lakonan”
24/10/2024 06:55 MYT
Pelakon veteren, Zaidi Omar menitipkan nasihat buat penggiat seni baharu bahawa ilmu sangat penting bagi seseorang yang bergelar pelakon.
Timba ilmu
Menurut Zaidi, pelakon baharu disarankan untuk menimba ilmu bagi meningkatkan mutu lakonan mereka.
“Sebaiknya belajarlah, kerana yang penting pertama ilmu, kedua cita-cita, ketiga bakat.
“Ilmu itu penting, sekarang ada ASWARA, kelas lakonan banyak jadi belajarlah.
“Kita ada juga pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Datuk Tamimi Segar, Eman Manan apa salahnya belajar dengan mereka, itu sahaja,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Dalam perkembangan lain, Zaidi Omar bakal membintangi filem adaptasi novel arahan Datuk Zulkeflie M. Osman, Mereka Yang Tertewas yang akan ditayangkan di pawagam 7 November ini.
BERITA TRENDING: Sherry Ibrahim Suka Lelaki Bergigi Cantik & Wangi, Netizen Pula Berlumba-Lumba Nak Carikan Jodo
BERITA TRENDING: “Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasi
BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel
BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak
“Ini kali kedua saya diberi tanggungjawab untuk berlakon dalam satu persembahan watak yang berbentuk dakwah.
“Saya ambil masa untuk lakonkan watak ini. Watak ini bukan ringan, semua watak yang saya bawa saya tak anggap dia ringan dan watak sebagai ‘Lebai’ ini tanggungjawabnya besar.
“Kalau orang salah interpretasi nanti susah, tapi saya sudah cuba yang terbaik dan saya harap semua boleh terima persembahan saya,” katanya lagi.
Selain Zaidi, filem Mereka Yang Tertewas turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Fiza Halim, Sherie Merlis, Fad Anuar dan ramai lagi.