Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

Firdaus
11/10/2024 06:55 MYT
Pelakon, Zain Saidin tidak bimbang dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang disifatkan sebagai gemar bersiap.

Aaisyah Hanya Bersiap Sekali Sekala

Menurut Zain atau nama sebenarnya Mohammad Zain Mohd Saidin berpendapat, tidak salah untuk Aaisyah suka bermain dengan alat solek tambahan pula puterinya itu hanya mengenakan solekan sekali sekala.

“Aaisyah dia memang suka pakai make up, itu dia ikut ibunya.

“Pada saya, saya rasa benda tu tak salah pun sebagai seorang kanak-kanak, dia nak pakai make up sekali sekala bila dia nak dress up sahaja.

“Ada yang kata tak elok macam tu, tetapi dia tak pakai make up selalu.

“Cuma apa yang kita tengok dekat media sosial itu hanya hantaran dia atau ibunya, ketika dia sedang cantik. Jadi semasa dia selekeh, kita tak nampak sangat sebenarnya,” katanya.
undefined
Dalam pada itu, Zain menyatakan Aaisyah kini berada di dalam fasa untuk membesar dan sebagai seorang bapa dia perlu mengenal pasti kecenderungan anak perempuannya tersebut.

“Tapi kalau tengok media sosial saya, Aaisyah setiap kali keluar dia akan pakai baju biasa-biasa.

“Bila dengan saya mudah sahaja, kami nak pergi tempat pun yang simple sahaja jadi dia tak perlu bersiap dan hanya pakai baju yang sesuai.

“Kami beri dia keseimbangan, tak ada masalah pun di situ.Dia dalam fasa membesar dan banyak belajar. Jadi kami perlu fokus terhadap minatnya dan bimbing ke jalan yang betul,” jelasnya.

BERITA TRENDING: “Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

BERITA TRENDING: Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

BERITA TRENDING: Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

BERITA TRENDING: Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

Dalam masa yang sama, pelakon drama Oh My English! itu juga mendedahkan dirinya sering berseloroh dengan anaknya tentang teman lelaki.

“Saya banyak kali kacau dia, ‘Aaisyah ada boyfriend umur 30 je tau.’ Dia ketawa sahaja.

“Kalau dia ada (teman lelaki), kami kena didik dia untuk dia memilih ciri-ciri seorang lelaki yang betul,” ujarnya.

Sumber: Maskulin

#Anak #Zain Saidin #Rozita Che Wan #Selebriti #Mekap #Aaisyah
;