,
Suudu

Zaman Almond London Dah Berakhir, Ini 8 Biskut Raya Paling 'Hipster'

Hanafis Haris
11/06/2018
04:18 MYT
Kalau tiada biskut raya, maka tak meriahlah raya. Hidangan paling mudah, ringkas dan sedap untuk dijamu.
Namun, jika anda perhatikan jenis biskut raya yang muncul tahun demi tahun, banyak sebenarnya yang telah berubah. Pendek kata, kuih raya sudah berevolusi.
Bertambah unik dan senang kata, makin hipster! Kalau yang masih tercari-cari biskut raya, apa kata lihat senarai 8 biskut hispter ini.
1. BISKUT GERMAN
Cantik susunan biskut kalau kombinasi warna ini.Lihat warnanya saja sudah meriah, namun hakikatnya warna asal kuih ini hanyalah kuning semata-mata.
Disebabkan biskut ini banyak menggunakan mentega, maka rasanya juga lembut dan cair di mulut.
Antara bahan digunakan adalah mentega, tepung kentang, tepung gandum, gula aising dan garam.
Boleh cuba jika mahukan kelainan. Pastikan pilih warna yang meriah supaya bekas raya anda terletak cantik di meja hidangan.
2. BISKUT ALIEN
Rupa biskut agak pelik. Anda lihatah sendiri rupa bentuk kuih ini, tidak hairanlah kalau ia digelar biskut alien. Sekali pandang kelihatan seperti watak Cj7 lakonan Stephen Chow.
Kuih ini juga viral di media sosial baru-baru ini dan mungkin menjadikan kuih paling popular ketika ini. Tidak pasti sama ada disebabkan rupa atau rasa kuih ini.
Antara ramuan untuk menghasilkannya termasuklah mentega, susu pekat manis, tepung jadung dan susu tepung.
3. SEMPERIT NUTELLA
Habis semuanya ada Nutella. Siapa yang tidak kenal semperit. Biskut raya antara kegemaran ramai setiap kali tibanya raya.
Bahan asas untuk membuat biskut ini adalah tepung gandum, tepung jagung, serbuk kastard, gula dan mentega.
Namun itu resipi tradisonalnya. Jika dengan gaya sekarang, mungkin semua nak letak Nutella. Maka dengan itu terhasilnya semperit Nutella.
4. BISKUT JARI
Mudah tapi sedap!Antara biskut raya paling mudah, cepat dan murah. Pada awalnya biskut ini tidaklah dikategorikan sebagai biskut raya, namun disebabkan ia telah popular dan mula dihidangkan pada lebaran, maka ia juga antara biskut yang wajib cuba.
Cara menghasilkan kuih ini amat mudah, hanya perlukan satu buku roti, ‘bread crumbs’, coklat masakan dan susu cair (1 tin).
Apa yang anda perlu lakukan adalah potong roti seperti saiz jari dan bakar seketika. Kemudian celupkan pada coklat telah dicairkan sebelum gaul dengan ‘bread crumbs’.
Bakar sekali lagi dan biarkan ia sejuk sebelum dihidangkan. Mudah bukan?
5. BISKUT BALIK RAYA SEDONDON
Paling unik dan lari daripada kebiasaan. Melihat rupa bentuk biskut ini saja, sudah tentu ia bukan biasa-biasa. Dihasilkan mengikut rupa bentuk kartun manusia, biskut ini lengkap dengan padanan baju raya.
Biskut ini dihasilkan oleh pengguna Facebook Norwira Abdullah dan kebanyakkan biskut dijual dalam pakej yang amat comel dan unik.
Dengan pelbagai rupa bentuk dan warna, biskut ini sesuai untuk dibuat hadiah raya!
6. CANDY KACANG BERSALUT COKLAT
Gunalah Almond kalau nak sihat waktu raya. Biskut ini dijual dengan pelbagai jenis kacang, namun jika anda mahukan biskut yang lebih nampak mahal, boleh dgunakan Almond, Walnut atau Pecan. Lebih moden berbanding kacang tanah biasa.
Bahannya juga mudah, hanya perlukan jenis kacang pilihan dan kemudian gaulkan bersama coklat, sirap karamel, mentega.
Jika ragu-ragu untuk buat biskut ini, bolehlah guna teknik ‘kuih tunjuk’ di bazar atau pusat membeli belah.
7. MAKMUR DAN TART CADBURY
Inti nenas digantikan dengan coklat lemak Cadbury! Sama seperti Nutella, coklat Cadbury juga menjadikan bahan utama dalam mengubah biskut tradisional kepada lebih moden.
Antara popular adalah biskut tart dan juga makmur. Kaedah pembuatannya sama saja seperti biskut kebiasaan yang anda makan. Hanya intinya saja diubah kepada coklat Cadbury.
Kami masih menunggu ketibaan tart atau makmur yang diletakkan topping keju banjir.
8. BISKUT RED VELVET
Selazat warnanya. Seindah namanya, biskut ini antara yang popular sejak dua tahun lalu. Kemunculannya serentak dengan kek red velvet yang kini telah menjadi mainstream di Malaysia.
Namun ia masih diklasifikasikan sebagai kuih moden kerana kemunculannya yang masih baru.
Warna merahnya saja sudah menarik perhatian, belum lagi dengan tambahan coklat cip pada biskut ini. Memang layan!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lagi 3 Bulan Lebih Nak Raya! Prince Syed & Isteri Kongsi Tema Baju Raya Inspirasi Dari Pokok - “Habis La Daun Di Eco Tahun Ni”

gempak
24/11/2024
14:20 MYT
Usahawan dan selebriti media sosial, Prince Syed Syahid sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.
Hiburan

Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

gempak
26/04/2024
06:55 MYT
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Hiburan

Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”

gempak
24/04/2024
06:00 MYT
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Hiburan

Lagi 5 Tahun, Rakyat Malaysia Bakal Sambut Aidilfitri dan Tahun Baru Cina Secara Serentak!

gempak
16/04/2024
07:00 MYT
Bagi sesiapa yang lahir pada tahun 1996 atau selepasnya, mungkin tidak mengetahui bahawa Malaysia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina secara serentak.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Unitar