Viral

5 Tahun Selepas Covid-19, Muncul Pula Wabak hMPV! Kenali Gejala & Pencegahannya - "Nafas Bunyi Macam Wisel"

gempak
Amri Hassan
03/01/2025
20:30 MYT
Sponsor Banner
5 Tahun Selepas Covid-19, Muncul Pula Wabak hMPV! Kenali Gejala & Pencegahannya - "Nafas Bunyi Macam Wisel"
Selepas lebih lima tahun kes pertama Covid-19 dilaporkan di China, negara Asia Timur itu kini berdepan ancaman satu lagi virus menyerang sistem pernafasan iaitu metapneumovirus (hMPV) yang semakin menular.
Menurut CCDCP, human metapneumovirus (HMPV), yang tergolong dalam keluarga Pneumoviridae dan genus Metapneumovirus, adalah virus RNA rantaian tunggal bersifat negatif yang bersampul.
Data pada 16 hingga 22 Disember menunjukkan peningkatan jangkitan pernafasan akut termasuk hMPV terutamanya di wilayah utara China. Kes baru-baru ini kebanyakannya melibatkan golongan berusia di bawah 14 tahun, lapor Reuters.
Kanak-kanak, golongan kurang ketahanan badan, dan warga emas lebih mudah terdedah serta cenderung mengalami jangkitan bersama dengan virus pernafasan lain.
Sementara itu, stesen penyiar CCTV mengesahkan jangkitan pernafasan yang menyerang pada musim sejuk kali ini berpunca daripada virus influenza selain hMPV sebagai penyumbang utama kes.

Gejala

Antara gejala penyakit itu ialah batuk, demam, hidung tersumbat dan nafas berbunyi seperti wisel.
Bagi kes yang teruk, pesakit boleh mengalami bronkitis atau radang paru-paru terutamanya dalam kalangan bayi, warga emas dan golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Selain itu, golongan yang menghidap asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) atau emfisema iaitu keadaan pundi udara dalam paru-paru mengembang sehingga individu sukar untuk bernafas adalah yang paling berisiko tinggi.
“Virus tersebut menular melalui titisan atau aerosol disebabkan batuk atau bersin dan kontak rapat atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
“Tempoh inkubasi adalah dari tiga hingga lima hari,” jelas CDC China lagi.
Pada masa ini, tiada vaksin atau ubat yang berkesan untuk HMPV, dan rawatan lebih tertumpu pada melegakan gejala.

Pencegahan

Namun, terdapat cadangan beberapa tindakan pencegahan untuk mengurangi risiko penularan.
Antaranya, melakukan langkah sederhana dengan menjaga kebersihan tangan, menghindar kontak dengan orang yang terinfeksi, dan membersihkan permukaan yang terkontaminasi oleh virus.
Selain itu, individu yang bergejala seperti batuk boleh menggunakan penutup muka ketika bersin dan mencuci tangan dengan kerap.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024