Hiburan
Thalita Menangis Lantunkan Lagu Arwah Ibu, 3 Pagi ERA & Genji Buskers Tawan 5,000 Penonton Di Bukit Bintang!
Program pagi popular '3 Pagi ERA' yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jasmin telah mengadakan persembahan busking bersama kumpulan GENJI Buskers di Bukit Bintang.
BERITA TRENDING: Thalita Sebak Dapat Peluang Nyanyi Bersama 3 Pagi Era Di Bukit Bintang - “Rupanya Dia Terlalu Nak…”
Acara tersebut berjaya menarik lebih daripada 5,000 pengunjung yang terhibur dengan nyanyian santai dan persembahan istimewa.Sorotan utama malam itu adalah penampilan khas Thalita, anak kepada pelawak terkenal Shuib.
Thalita memikat hati penonton dengan lagu 'Kesetiaan', nyanyian asal Allahyarhamah Siti Sarah, yang berjaya menyentuh emosi semua yang hadir.
"3 Pagi ERA komited untuk bertemu dengan peminat di luar konti radio. Kami ingin memberikan pengalaman hiburan yang lebih dekat dan interaktif, seperti acara busking ini.
"Terima kasih juga kepada Shuib kerana memberi peluang kepada Thalita untuk membuat persembahan yang begitu memukau & menyentuh emosi. ERA sentiasa menyokong bakat seni baharu dan percaya pada potensi generasi muda dalam meneruskan kegemilangan seni tanah air," kata Azah Sahrin, Pengurus Jenama ERA.
BERITA TRENDING: “Suara Anak & Mak Sama” - Netizen Puji Suara Merdu Talita Nyanyi Lagu Kekasih Bayangan
Selain persembahan Thalita dan GENJI Buskers, acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti dan personaliti terkenal.Antara yang hadir untuk memberikan sokongan adalah Safee Sali, Ummi Umairah, kumpulan Floor 88, dan ramai lagi.
BERITA TRENDING: “Semoga Kami Jadi Podcast Yang Lebih Healthy” - Tak Cepat Sentap, Shuib Terbuka Terima Teguran
Must-Watch Video