Penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella mengimbas kembali kenangan lucu sewaktu kali pertama berlakon.

Menerusi akaun Instagramnya, Zarul memuat naik video pendek babak lakonannya dalam drama Cik Serba Tahu yang ditayangkan pada tahun 2017.

Menurut Zarul, dia berasa lucu apabila mengenang kembali momen-momen sewaktu melakonkan watak lelaki lembut.

“Sebenarnya inilah kali pertama saya masuk set drama (seumur hidup saya), hari pertama di set, babak pertama saya tahu say ada babak watak konon-konon lelaki lembut pada hari itu.

“Tetapi saya tak jangka buat babak itu dulu dan sejujurnya saya rasa cuak juga tapi nasib baik tahap keyakinan untuk ‘langgar’ je babak amatlah tinggi masa tu hahaha,” coretnya.

Bagaimanapun, Zarul mengucapkan terima kasih kepada pelakon Remy Ishak dan pengarah, Michael Ang kerana banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Walaupun kena satu babak dengan @remyishak dan pengarah tersohor @michaelang38 pula tu tapi sekarang ni kalau tengok balik malu pun ada, kelakar pun ada, sebab masa tu tak tahu sangat apa tu tight shot wide shot over shoulder, close up msu dan sebagainya.

“Jadi nampaklah kekurangan di sini sana dekat lakonan saya. Terima kasih pada Remy dan Michael yang banyak bantu,” coretnya.

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella)


Sekadar info, Zarul kini memiliki saluran YouTube sendiri yang sudah mempunyai lebih 132,000 pengikut.

Banyak dikongsikan Zarul terutama yang berkaitan dengan kehidupannya dan juga bidang penerbangan.