Bintang GegarVaganza 3, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, menunjukkan kepakarannya memasak kuih apam balik.

Semuanya boleh disaksikan secara eksklusif menerusi salah satu episod Trek Selebriti yang bersiaran baru-baru ini.

Selain aksi Zarul memasak apam balik, vokalis kumpulan Umbrella itu juga turut berkongsi pengalaman di zaman kanak-kanaknya menerusi program Trek Selebriti tersebut.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melihat aksi Zarul, layari www.gegarvaganza.com.my!

Jangan lupa saksikan Zarul yang bersaing merebut gelaran juara dalam GV 3. GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan lebih banyak video dan babak eksklusif di laman web Astro Gempak. Dengan Digi Prepaid Live, anda boleh strim video setiap hari dengan 8GB internet percuma setiap bulan di rangkaian 4G Plus.

Teks oleh: Kamaruddin Razal