HIBURAN
Zayn Malik Luah Didiskriminasi Status Orang Asia Menerusi Lagu
Penyanyi Zayn Malik muncul dengan lagu terkini yang diberi judul Fuchsia Sea. Apa yang menjadi perhatian adalah lagu yang dibalut dengan nuansa rock dan soul itu didakwa menjadi saluran buat dirinya melampiaskan perasaan kerana berdepan masalah diskriminasi dan rasis.
Malik didakwa mengalami diskriminasi kerana menjadi orang Asia sewaktu bersama One Direction. Hal itu dapat didengar menerusi lirik lagu tersebut.
“I’m a convert to the concert / And I did that for inflation / ’Cause I worked hard in a white band / And they still laughed at the Asian,” atau membawa maksud “Aku berubah demi konsert / Dan aku lakukan itu kerana tekanan ekonomi / Kerana aku bekerja keras dalam kumpulan orang kulit putih / Tapi mereka tetap mentertawakan si Asia.”
Sebelum ini, anak kepada pasangan Pakistan (bapa) dan Inggeris (ibu) pernah mengaku dirinya berdepan masalah rasis sewaktu membesar di Bradford, England.
Malah menerusi temubual pada tahun 2012, Malik mendakwa pernah menerima dakwaan jahat dalam kalangan peminat One Direction dengan menggelarnya sebagai pengganas.
Awal tahun ini Malik menyudahkan jelajah Stairway to the Sky Tour dalam rangka memperkuat Room Under the Stairs.Malik mendendangkan lagu milik One Direction berjudul Night Changes pada persembahan terakhirnya di Mexico.
Lagu tersebut dinyanyikan selepas 10 tahun sekaligus mengenang pengunduran dirinya daripada grup tersebut selain memperingati kematian rakan seperjuangannya, Liam Payne, beberapa bulan sebelum itu.
Must-Watch Video