Hiburan

Ziana Zain Rindu Berlakon Semula

gempak
Rozaimi Zubaidi
06/02/2017
05:50 MYT
Sponsor Banner
Ziana Zain Rindu Berlakon Semula
Penyanyi Ziana Zain mengakui rindu untuk aktif semula dalam bidang lakonan.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 49, berkata, kesibukan menguruskan perniagaan dan keluarga menyebabkan dia sukar untuk kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon semula.
"Memang tidak dapat dinafikan saya sebenarnya rindu untuk berlakon semula tetapi buat masa kini masa tidak mengizinkan saya untuk melakukannya.
"Ini kerana anak-anak saya masih kecil dan perlu untuk memilih masa yang sesuai supaya ia tidak mengganggu tugas sebagai ibu dan penyanyi.
"Namun, jika tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan jalan ceritanya bagus kenapa tidak saya menerima tawaran itu untuk kembali belakon semula.
"Tetapi buat masa sekarang masa masih tidak mengizinkan saya untuk berlakon kerana kini sedang sibuk untuk menguruskan perniagaan yang baru dijalankan sejak setahun lalu," katanya.
Ziana ditemui pada majlis pelancaran portal beli-belah Section 1 yang diadakan di White Box, Publika, baru-baru ini.
Menurut Ziana, kali terakhir dia belakon menerusi telefilem Mati Tunggu Sekejap arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live