Selebriti media sosial, Sofyank yang terkenal dengan kepakarannya dalam teknik suntingan visual berkongsi pengalaman bekerjasama dengan pelakon Zizan Razak menerusi video promosi bagi filem Abang Long Fadil 3.

Sofyank atau nama sebenarnya, Mohd Sofian Abdullah berkata, sungguhpun tempoh masa bertemu dengan Zizan singkat, namun, cara pelakon dan pelawak itu melayan kru yang terlibat menjadikan dirinya selesa untuk meneruskan penggambaran.

“Saya agak terkejut kerana cara Zizan layan saya dan team macam dia layan kawan-kawan. Walhal, dia merupakan pelakon terkenal dan sudah lama dalam industri tapi Zizan sangat friendly.

“Disebabkan hal itu, ia memudahkan saya dan team untuk meneruskan kerja-kerja kami selain saya yang bertanggungjawab untuk mengarah keseluruhan video,” katanya kepada Gempak.

Sofyank turut memberitahu yang bekerja dengan Astro Shaw turut memberikannya ruang untuk mencetuskan idea-idea baharu yang lebih segar.

“Sebelum ini saya memang terlibat dengan promo-promo video untuk filem luar negara. Tetapi, saya hanya diberi brief dan selebihnya saya dan team perlu fikirkan idea.

“Tapi kali ini, kami dapat berbincang dengan pihak produksi dan dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai jalan cerita filem ini dan juga apakah kriteria-kriteria yang mereka mahukan dalam video berkenaan,” katanya lagi.

Untuk rekod, mereka menjalani penggambaran selama 12 jam untuk video berkenaan, termasuk sesi latihan selama sehari dan proses suntingan selama dua minggu.


Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 yang bakal ditayangkan pada 8 September ini turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.