Skip to main content

Selebriti

“Kenapa Kena Menghukum?” - Tiada Nilai ‘Unity’ Dalam Industri, Liyana Jasmay Terkilan Sikap Rakan Suka Cakap Belakang

“Kenapa Kena Menghukum?” - Tiada Nilai ‘Unity’ Dalam Industri, Liyana Jasmay Terkilan Sikap Rakan Suka Cakap Belakang

Sekilas

  • Liyana Jasmay meluahkan rasa kecewa tentang sikap segelintir rakan industri yang suka bercakap belakang dan kurang nilai kebersamaan dalam dunia seni.
  • Pelakon dan pengarah itu menegaskan bahawa seni adalah interpretasi peribadi dan tidak sepatutnya menjadi bahan kritikan atau penghukuman.
  • Liyana berharap rakan industri lebih menyokong antara satu sama lain walaupun mempunyai arah dan cara berbeza dalam berkarya.
Advertisement

Pelakon dan Pengarah, Liyana Jasmay tampil mengulas mengenai hantaran di Threads mengenai segelintir rakan industri yang suka bercakap belakang mengenai dirinya.

Menurut Liyana, perkongsian tersebut bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sebaliknya dia hairan dengan kekurangan nilai kebersamaan di dalam industri seni.

Advertisement

“Sebenarnya perkara ini (cakap belakang) bukan datang daripada netizen. Saya bukan cuba nak menjatuhkan ataupun mengaibkan sesiapa tetapi kebersamaan dalam industri ini memang tidak ada.

“Itu yang saya cuba nak sampaikan. Kebersamaan bermaksud kita saling memberi sokongan apabila melihat seseorang itu berkembang dan bergerak daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik. Perkara itu bukan mudah dan saya dapat rasa ‘vibe’ tersebut,” katanya kepada Gempak.

Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon filem Pemuja Syaitan berlangsung di 10 Stars Cinema, Hextar World Empire City, Petaling Jaya pada Selasa.

Advertisement

Dalam masa sama, Liyana mengakui amat sedih dengan situasi tersebut terutama  pelaku tersebut merupakan kenalannya sendiri.

“Mungkin salah saya juga kerana apabila berkawan rapat dengan seseorang, saya anggap dia juga ikhlas dan mempunyai rasa yang sama terhadap saya.

“Itu yang buat saya sedih sebab kalau orang yang saya tidak kenal, saya tak kisah. Saya bukan sedih kalau nak kutuk saya, kritik sajalah saya terima.

“Cuma sedih bila rakan industri kurang rasa untuk bersatu. Sudah pasti setiap orang ada arah yang berlainan, jadi kenapa kita kena menghukum?” ujarnya.

Katanya lagi, dia percaya bahawa setiap seni itu amat berbeza bagi setiap orang dan tidak sepatutnya menjadi kritikan.

“Sejak mula berlakon, saya dibesarkan dengan ramai orang yang sentiasa memberi nasihat, termasuk (Datuk) Rosyam Nor, Bade Azmi, dan ramai lagi supaya kita menghormati semua orang.

“Seni ini tiada istilah betul atau salah. Saya belajar bahawa seni adalah interpretasi seseorang terhadap visi dan misi mereka. Jadi, memang setiap orang akan menghasilkan karya yang berbeza.

“Sejak dulu lagi memang ada yang mengkritik filem orang lain. Tetapi saya tidak suka begitu. Saya berkawan dengan semua pengarah dan pernah bekerja dengan ramai pengarah kerana saya percaya setiap orang mempunyai cara dan seni mereka sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, Liyana berkongsi sebuah hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila mendakwa terdapat rakan industri yang bercakap tentangnya di belakangnya.

Menurut Liyana, perangai itu diumpamakan sebagai syaitan dan memang patut individu tersebut menonton filem arahannya berjudul Pemuja Syaitan.

Anda mungkin berminat dengan

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

Must Watch Video

Advertisement