Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zoey Rahman Bakal Tunaikan Umrah Kali Ke-10 - “Banyak Dosa & Maksiat Telah Saya Lakukan”

Ernalisa
22/10/2024 01:55 MYT
“Saya harap Tuhan terima amal ibadah saya. Banyak dosa dan maksiat telah saya lakukan,” luahan itu disuarakan oleh pelakon dan usahawan, Zoey Rahman kepada Gempak apabila dia bercadang menunaikan umrah pada Disember nanti.

BERITA BERKAITAN: Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

BERITA BERKAITAN: Polis Terima 12 Laporan Kes Buli Anak Tam Spider, Khir Rahman

BERITA BERKAITAN: Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

BERITA BERKAITAN: Amin & Abid Ukir Wajah Tunku Abdul Rahman Di Kek Merdeka, Berkolaborasi Dengan Che Sayang! - "Sebenarnya Kami Takut ..."

Pemergiannya ke tanah suci buat kali ke-10 itu langsung tidak menjadikan dia mendabik dada. Malah, dia akui takut dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

“Banyak sangat dosa dan maksiat yang saya lakukan, jadi memang saya mengharapkan ibadah saya diterima di sana. Apa pun saya anggap ini semua rezeki saya untuk buat amal di rumah Allah.


“Mudah-mudahan Tuhan dengar dan makbulkan semua doa-doa yang saya pohon, Doakan yang baik-baik untuk saya, insya-Allah," kata Zoey.

Tambahnya, dia langsung tidak menyangka dijemput ke Tanah Suci pada tahun ini.

“Saya tahu saya tidaklah sempurna seperti orang lain. Seperti yang saya katakan, banyak dosa-dosa saya.

“Tetapi itulah dinamakan rezeki. Kalau kita tidak dijemput, belum tentu insan seperti saya dapat kembali sekali lagi ke tanah suci,” katanya.


Terdahulu, penyanyi dan usahawan muda ini sempat berkongsi bersama Gempak bahawa dirinya disihir.

Selain itu, Zoey juga menjadi mudah marah selain suka menyendiri.

#Umrah #Kali #Takut #Tunai #Zoey #Tetap #10
;