Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Zubir Khan Janji Jumpa Keluarga Zulfarhan Dalam Masa Terdekat - "Sebenarnya Saya Takut Saya Terlalu Sedih Nanti..."

Gempak
10/08/2024 07:55 MYT
"Bukan tak mahu jumpa.. tapi saya takut saya tak boleh sebab terlalu sedih, bagi saya masa. Saya akan pergi jumpa," itu komen balas penyanyi Zubir Khan apabila rupanya disamakan mirip kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Petahanan Malaysia, (UPNM), arwah Zulfarhan yang meninggal dunia akibat dibuli pada 2017.


Hasrat disambut baik keluarga


Penyanyi yang semakin meningkat naik ini turut berkata, dia juga telah menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada adik arwah Zulfarhan mengenai hasratnya itu.

Hasrat Zubir Khan itu disambut baik oleh keluarga berkenaan.

"Secara jujurnya bukan tak nak jumpa.. tapi saya perlu jaga hati pihak keluarga mereka juga. Saya tak nak ibu dan ayahnya sedih.


"Saya pun takut.. saya pun sedih nanti. Saya tak mahu ganggu emosi ibu dan ayah Zulfarhan sebenarnya. Bagi saya masa. Saya akan pergi Johor Bahru untuk berjumpa mereka. Cuma saya perlukan masa. Benda begini nampak simple tapi saya kena fikir panjang.

"Baru-baru ini saya ada hubungi adik arwah menyatakan ramai yang samakan muka saya dan abang dia. Jadi saya cakaplah saya nak datang sana jumpa ibu dan ayahnya. Kebetulan adik dia pun setuju dan dah bagi tahu pun dimana mereka tinggal.

"Bila dan waktunya..itu sahaja yang saya tidak pasti. Tapi pihak pengurusan dan keluarga arwah memang maklum hal ini," kata Zubir dihubungi Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”

ARTIKEL BERKAITAN:"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara


ARTIKEL BERKAITAN:"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan



Sebelum ini nama penyanyi ini kerap disebut-sebut ramai sejak kes pembunuhan arwah dibicarakan kembali.

Disebabkan mirip wajahnya, beberapa netizen berharap penyanyi tersebut dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan keluarga arwah bagi mengubat kerinduan mereka.

Pun begitu, penyanyi lagu popular ‘Oh My Kadhale’, ini turut meluahkan rasa teruja dan berdebar untuk bertemu keluarga arwah Zulfarhan.

"Saya tak dapat bayangkan..bagaimana emosi saya waktu itu dan paling penting bagaimana pulak emosi terutama ibunya. Itu semua bermain dalam fikiran saya.

"Tak sabar pun ada sebab ramai sangat yang cakap memang muka saya sama dengan arwah Zulfarhan," katanya.
#Zulfarhan #Jumpa Keluarga #Zubir Khan
;