Berita

Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”

gempak
Gempak
04/08/2024
11:25 MYT
Sponsor Banner
Dah Terlambat Nak Mohon Maaf, Ibu Bapa Zulfarhan Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh – “Cukuplah…Kenapa Tunggu Sekarang?”
Keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak mahu untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh kerana menyifatkan ia sudah terlambat.

Enggan Jumpa Keluarga Tertuduh

Memetik laporan Harian Metro, bapa kepada arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, berkata, mereka boleh meminta maaf sejak 2018 lagi ketika kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi namun hanya seorang bapa tertuduh yang memohon maaf.
"Walaupun saya tidak menafikan bahawa ada seorang bapa tertuduh yang berjumpa dengan saya meminta maaf, saya katakan mereka membuat salah dengan anak saya, bukan dengan saya.

"Jika saya terima permohonan maaf itu pun, anak saya sudah tiada, kalau mereka (keluarga) nak (hendak) memohon maaf, kenapa tunggu sekarang, kita banyak kali jumpa di mahkamah.

"Waktu awal perbicaraan dulu, kita berselisih bahu pun tidak bertegur seolah-olahnya macam anak saya pula yang bunuh anak dia (keluarga tertuduh)," katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga reda dengan suratan takdir namun tidak menerima perlakuan oleh tertuduh terhadap arwah sehingga sanggup menekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk kemaluan.
Katanya, perlakuan itu amat kejam malah mungkin binatang pun tidak melakukan perbuatan sedemikian.

"Tidak mengapalah, saya tidak mahu berjumpa dengan keluarga tertuduh, cukuplah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima Kasih Allah SWT Kerana Telah Memakbulkan Doa Kami” – Bapa Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 20 Hari Diseksa Beramai-Ramai, 6 Tertuduh Dihukum Ke Tali Gantung, Ini Kronologi Kes Zulfarhan…

ARTIKEL BERKAITAN: "Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau Betul UPNM Lahirkan Pembunuh, Mana Mungkin Senior Junior Boleh Lepak Sama Makan Semeja" - Lt Aiman Aufa

Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live