HIBURAN

Zul Ariffin Dah ‘Bangkit Dari Tidur’, Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 15 Kilogram - “Tetapi Saya Belum Selesai…”

Asyikin Mayudin 08/06/2025 | 09:55 MYT
Perkongsian pelakon Zul Ariffin mengenai penurunan berat badannya dari 101 ke 86 kilogram yang dikongsikan di laman sosial miliknya menarik perhatian.

Lima minggu

Menerusi perkongsian itu, pelakon berusia 38 tahun ini memberitahu dia berjaya menurunkan sebanyak 15 kilogram dalam masa lima minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Tersasul Minta 4 Isteri Ketika Berdoa, Netizen Terhibur - “Satu Pun Belum Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN: Watak Kelakar Dalam Don Dukun Menjadi, Zul Ariffin Tak Mahu Tumpu Satu Genre Saja - “Semua Genre Saya Boleh Buat”

Malah, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu berkata dia mahu membuang lagi enam kilogram.

“Lima minggu kemudian… dari 1 Mei hingga hari ini, 101 kilogram turun kepada 86 kilogram! 15 kilogram babai! Tetapi, saya belum selesai, tinggal enam kilogram lagi!” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Zul memberitahu dia mempunyai alasan peribadi untuk turunkan berat badan selain salah satu sebab adalah mahu membuat persediaan watak.

Alasan peribadi

“Mengapa saya melakukan ini? Selain daripada membuat persediaan untuk watak… kenapa tidak? Ia adalah peribadi.

“Saya tidur sendiri untuk masa yang lama, saya kini sudah bangun,” ujarnya.

Rata-rata netizen memuji bentuk badan Zul Ariffin yang kini kelihatan lebih tegap dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya menurunkan berat.

#pelakon #Zul Ariffin #Berat Badan #Berat #Badan