Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Zul Ariffin Minta Maaf, Neelofa Bimbang Anak Terkena ‘Ain, Eyka Farhana Jawab Isu Seksi - Panas Sepanjang Isnin!

Izwan Isa 21/03/2022 | 15:50 MYT
Isnin telah pun hampir melabuhkan tirai dan masih ada ke yang terasa tempias Monday Blues ke? Apa kata rehatkan minda dengan membaca seleksi lima artikel terhangat sepanjang hari ini:
#1. Pelakon popular Zul Ariffin tampil memohon maaf susulan video babak 'panas' yang tular di media sosial baru-baru ini.
BACA: Tentang Babak 'Panas' Drama, Zul Ariffin Buka Mulut - "Saya Mohon Maaf, Akan Lebih Hati-Hati"
#2. Selebriti popular Neelofa mempunyai alasan yang kukuh untuk belum mempamerkan wajahnya pada khalayak umum kerana dia sendiri belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain
BACA: “Kalau Anak Terkena ‘Ain, Mak-Mak Yang Pening Kepala Nanti…” - Neelofa
#3. Pernah menjadi kecaman netizen gara-gara imejnya yang dikatakan semakin seksi, pelakon Eyka Farhana akui apa yang dipakai hanya mengikut keselesaan
BACA: “Tak Nak Lah Jadi Hipokrit”- Semakin Seksi? Ini Jawapan Eyka Farhana
#4. Rita Rudaini mengajukan soalan kepada Lana Nodin adakah golongan belum mengambil vaksin Covid-19 sepertinya dibenarkan masuk
BACA: Balik Malaysia, Lana Nodin Buka Kedai Bakeri, Rita Rudaini Tanya- “Yang Tak Vaksin Macam Kami Boleh Masuk Ke?”
#5. Hafiz Mahamad sedih dan kecewa apabila rakan niaganya sakit dipercayai terkena buatan orang.
BACA: Dulu Isteri, Sekarang Sahabat… Hafiz Mahamad Dedah Rakan Niaga Pula Terkena Buatan Orang
#Zul Ariffin #Lana Nodin #Eyka Farhana
;