,
Laman Utama

Balik Malaysia, Lana Nodin Buka Kedai Bakeri, Rita Rudaini Tanya- “Yang Tak Vaksin Macam Kami Boleh Masuk Ke?”

Syafiqah Jalal
21/03/2022
01:46 MYT
Dalam diam, pelakon Lana Nodin rupanya kini sudah kembali ke Malaysia dan mempunyai gudang bakeri terbesar yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Lana memberitahu dia teruja untuk melancarkan gudang jualan bakeri secara borong yang dikatakan terbesar di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
“Dengan rendah diri , @lanabakeryland coming soon...very very soon pada bulan ini. So bakers bakers harap bersabar, kite akan launch wholesale bahan bakeri milik bumiputra pertama di malaysia yang terbesar area Kota Damansara...
“Bukan saja bahan bakeri malah kite ada ready make roti roti dan pastry untuk meraka yang nak rasa produk dari air tangan Lana , One Stop Center, " Where Everyone Can Bake" Bismillah,” tulisnya.
Pelakon yang bernikah dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud McKinzie itu berkongsi berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Entri berkenaan mendapat perhatian ramai pengikutnya yang rata-rata turut teruja dan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.
Tidak ketinggalan rakan artis, Rita Rudaini yang dalam masa yang sama turut mengajukan soalan adakah golongan belum mengambil vaksin Covid-19 sepertinya dibenarkan masuk.
“Yang tak vaksin macam ‘kami’(saya) boleh ke masuk kedai hang (awak)? Ke hang nak sangkut signboard depan kedai ‘Hanya Yang Berdose Dose Sahaja Dialu-alukan?’” tanyanya.
Komen itu turut dibalas Lana yang memberitahu kedainya tidak mengamalkan diskriminasi terhadap golongan yang tidak mengambil vaksin malah mengalu-alukan semua kedatangan orang ramai.
“Ampa (awak) rezeki tak salah alamat....kun fa ya kun...anyway Cik Rita kedai kami tak amalkan diskriminasi, semua orang dialu-alukan...
“Vaksin ke tak, boost ke tak boost ke semua dijemput datang...rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari....
“Anyway kami memang masih sendu sebab tak banyak keluar TV,” katanya berseloroh.
Pada penghujung tahun lalu, Lana dan keluarga pulang ke AS iaitu negara asal suaminya, David McKienzie dan dilihat seolah-olah seperti mahu menetap di sana.
Lana dan Rita juga pernah menjadi bualan hangat netizen apabila lantang bersuara mengenai vaksinasi Covid-19 di Malaysia sehingga didakwa sebagai anti-vaksin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU

gempak
18/11/2024
05:55 MYT
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Viral

"Terlalu Banyak Nak Dikongsikan, Hati-Hati Dengan Fitnah ..." - Vivy Yusof

gempak
30/10/2024
03:25 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tampil berkongsi keadaan terkininya dan respon terhadap desakan netizen yang mahukan beliau tampil memberikan kenyataan selaku pengasas Fashion Valet.
Hiburan

27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”

gempak
12/10/2024
05:07 MYT
Hampir tiga dekad dalam industri hiburan, pelakon Rita Rudaini mencipta sejarah apabila pertama kali merangkul trofi di Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.
Hiburan

Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

gempak
08/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Lana Nodin menasihatkan aktres Nur Fazura supaya tidak terus bercerita hal buruk mengenai bekas suaminya, aktor Fattah Amin.
Unitar