Pelakon dan pengacara Zulin Aziz mendedahkan bahawa dia menerima tawaran untuk membintangi sebuah filem Tamil.

Perkara itu dikongsikan Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

"Punyalah aku buat video dengan pelakon Hindustan, sekali dapat tawaran filem Tamil.

"Lepasni nak parodi Chandramukhi lah hehe...Ada peluang tak jumpa Rajnikanth? @ayra_nasir," katanya.

Dalam posting tersebut, Zulin berkongsi paparan mesej yang diterima pengurusnya, Ayra Nasir berhubung tawaran untuk menceburi industri Kollywood.

"Dear Ayra, Assalamualaikum. Saya menghubungi anda ini berhubung pertanyaan mengenai call sheet (jadual penggambaran) Zulin Aziz untuk filem Tamil. Kollywood.

"Boleh sertakan alamat email agar kita boleh berbincang lanjut mengenainya sekiranya berminat," tulis individu berkenaan.

Punyalah aku buat video dgn pelakon hindustan, skali dapat offer filem tamil. Lepasni nak parody chandramukhi laa hehe... Ada can tak jumpa rajnikanth?? . @ayra_nasir

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


Perkongsian Zulin itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata teruja mendengar perkhabaran Zulin akan melangkah masuk ke industri Kollywood.

"Rezeki ni sis..mula dengan Kollywood lepas ni pergi ke Bollywood.

"Go for it please!! Sis, Aishwarya Rai, Shah Rukh Khan pun berlakon Tamil gak," tulis sebahagian netizen.







Sebelum ini, Zulin memang cukup terkenal dengan penghasilan video parodinya dengan pelakon-pelakon filem Bollywood.

Bahkan, pada bulan lalu, videonya juga pernah mendapat perhatian aktor Arjun Rampal.

BACA: Arjun Rampal Puji Video Zulin Aziz Lucu, Minta Netizen Translate Dialog Sebab...

Dalam pada itu, saksikan program yang pernah menampilkan Zulin Aziz di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!