Laman Utama
Zulin Aziz Izin Jika Suami Nak Tambah Isteri Tapi Bersyarat - “Nak Jadi Madu Saya Kena Tengok Dulu Perangai…”
Pelakon Zulin Aziz mengakui dia terbuka hati jika suaminya Farhan Norzaini mempunyai perasaan terhadap wanita lain dan hasrat untuk menambah isteri lagi.
Zulin bagaimanapun berkata suaminya kena memastikan dirinya mampu untuk berlaku adil dari segi zahir dan batin sebelum mahu hidup berpoligami.
“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’. Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal.
“Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh… jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga, empat.
“Bagi kukuh dulu yang satu ini… nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja!” kata Zulin kepada Gempak.
Tambah Zulin lagi, seorang suami perlu beringat bahawa isteri adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.
“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya.
“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Zulin mendirikan rumah tangga dengan rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini dengan sekali lafaz pada 20 Februari tahun lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video