Skip to main content

Jenayah

13 Lelaki Berpakaian Wanita Mengaku Tak Bersalah

pakaian_wanita

Sekilas

  • Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu atas tuduhan memakai pakaian wanita di sebuah pangsapuri pada Mei lalu.
  • Mereka didakwa mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana berlagak seperti perempuan dan mengaku tidak bersalah.
  • Kes disambung sebutan pada Februari, Mac dan April dengan jaminan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang diberikan kepada tertuduh.

Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan, atas pertuduhan memakai pakaian wanita di sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ibrahim pada Mei lalu.

Mereka yang didakwa di dua mahkamah berasingan bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Mazlan Abdullah dan Zahari Mohd Yusoff.

Mereka dituduh bertingkah laku seperti perempuan dengan memakai pakaian dan kasut wanita di tingkat enam sebuah dewan di Jalan Sultan Ibrahim pada jam 11 malam, 30 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Syarie, Mohd Shafeq Mat Yusuf manakala kesemua 13 tertuduh diwakili tiga peguam syarie.

Mazlan menetapkan 1 Februari dan 2 Mac untuk sebutan semula kes membabitkan enam tertuduh manakala Zahari pula menetapkan 19 April untuk sebutan semula bagi tujuh yang lain.

Wartawan dimaklumkan bahawa semua tertuduh dibebaskan dengan jaminan antara RM1,000 hingga RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Difahamkan, 13 individu ini adalah antara 15 orang yang ditahan dalam serbuan oleh pihak berkuasa agama negeri, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Operasi itu, yang dijalankan hasil maklumat awam, turut melibatkan pihak polis.

Sumber: Buletin TV3

Must-Watch Video

Advertisement