Skip to main content

Selebriti

Ada Yang Bandingkan Cinta Di Akhir Garisan 2.0 Dengan Versi Asal, Ajai Akui Tak Ambil Hati – “Mungkin Mereka Juga Akan Kelihatan…”

Ada Yang Bandingkan Cinta Di Akhir Garisan 2.0 Dengan Versi Asal, Ajai Akui Tak Ambil Hati – “Mungkin Mereka Juga Akan Kelihatan…”

Sekilas

  • Ajai tidak mengambil hati dengan kritikan terhadap versi baharu lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dinyanyikan oleh Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno.
  • Menurut Ajai, versi baru itu mempunyai identiti tersendiri dan memerlukan masa untuk pendengar membiasakan diri dengan gaya dan vokal penyanyi baharu.
  • Projek ini bertujuan memperkenalkan lagu klasik kepada generasi baharu serta memberi manfaat kepada penyanyi lama dan baru secara sama rata.
Advertisement

Komposer dan penerbit, Ajai tidak mengambil hati dengan kritikan terhadap versi baharu lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 yang dibandingkan dengan versi asal.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 51 menganggap lagu yang dinyanyikan kembali oleh Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno itu sebagai sebahagian dari lumrah dalam industri hiburan.

Advertisement

“Pada saya, itulah hiburan. Dalam perkataan hiburan itu terbahagi kepada hiburan yang mendengar, hiburan yang suka dan hiburan yang tidak suka.

“Hiburan yang tidak suka ini pun adalah hiburan juga kerana mereka terhibur dengan benda yang mereka tidak suka,” katanya kepada Gempak.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran lagu dan muzik video Cinta Di Akhir Garisan 2.0 di Hotel Marriott Petaling Jaya pada Khamis.

Menurut Ajai, persepsi terhadap versi baharu mungkin berubah selepas penonton menyaksikan sendiri persembahan empat penyanyi itu secara langsung.

“Saya tidak terasa hati sebab mereka belum nampak lagi penyanyi-penyanyi ini menyanyi secara langsung.

“Apabila mereka nampak visual penyanyi-penyanyi ini menyanyi secara langsung, barulah mereka tahu bagaimana bahagian itu dinyanyikan,” ujarnya.

Mengulas perbandingan dengan versi asal, Ajai berkata dia tidak mahu terlalu terikat dengan susunan terdahulu kerana mahu memberikan identiti tersendiri.

“Kalau kita mengharapkan mereka menyanyi mengikut cara lama, dan cuba pula penyanyi lama menyanyi dengan cara baharu, mungkin mereka juga akan kelihatan janggal.

“Saya tidak kekalkan apa yang ada pada versi pertama untuk dibawa kepada nombor dua.

“Bagi saya, versi pertama sudah yang terbaik. Jadi sekarang saya mahu cipta yang terbaik untuk versi kedua,” katanya.

Ajai berkata, empat penyanyi itu mempunyai gaya dan kemahiran vokal tersendiri.

Justeru, pendengar mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan pendekatan baharu tersebut.

“Generasi sekarang membesar dengan pelbagai bunyi dan mereka datang dengan runs serta vokal semula jadi.

“Saya rasa semakin lama, mereka akan semakin serasi dengan bunyi baharu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ajai menegaskan penghasilan Cinta Di Akhir Garisan 2.0 bukan untuk membandingkan penyanyi baharu dengan penyanyi asal, sebaliknya memperkenalkan semula lagu berkenaan kepada generasi baharu.

“Saya banyak membaca komen dan ada yang kata mereka baru tahu lagu ini. Jadi, sedikit sebanyak ia membantu populariti penyanyi lama dan pada masa sama membantu populariti penyanyi baharu.

“Daripada cebisan penyanyi lama dan cebisan penyanyi baharu, semuanya mendapat manfaat secara sama rata,” katanya.

Sekadar info, versi asal Cinta Di Akhir Garisan  terbitan 1997 menampilkan Ziana Zain, Nora Ariffin, Ning Baizura dan Dessy Fitri.

Mengimbas semula, lagu ini sangat popular sehingga kumpulan pop antarabangsa dari UK iaitu Honeyz, telah merakamkan semula lagu ini dalam versi bahasa Inggeris bertajuk 'End Of The Line' pada tahun 1998.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement