Skip to main content

Selebriti

“Aku Tak Ajak Dia Panjat Pokok, Dia Yang Nak Ikut” - Sufian Suhaimi

“Aku Tak Ajak Dia Panjat Pokok, Dia Yang Nak Ikut” - Sufian Suhaimi

Sekilas

  • Sufian Suhaimi jelaskan dia tidak mengajak isteri, Rania Al-Sadat, memanjat pokok semasa sambutan Hari Kebangsaan ke-69, tetapi Rania yang mahu ikut naik.
  • Rania memanjat pokok kerana sukar melihat perarakan dari bawah yang penuh dengan orang ramai.
  • Video tular itu mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan aksi pasangan ini, yang sudah berkahwin sejak Mei 2025 dan baru dikurniakan cahaya mata sulung.
Advertisement

Penyanyi, Sufian Suhaimi tampil bersuara selepas isterinya, Rania Al-Sadat tular kerana memanjat pokok untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-69.

Menerusi perkongsian di Threads, Sufian berkata dia tidak mengajak isterinya untuk memanjat pokok bersamanya, namun Rania tetap mahu mengikutnya naik ke dahan tersebut.

Advertisement

“Aku tak ajak dia panjat pokok gais. Dia yang nak ikut. Next level, punya clingy,” ujarnya.

Menerusi video yang tular, isterinya berkata dia sukar melihat pemandangan perarakan dari bawah kerana dipenuhi orang ramai.

Justeru, dia memilih untuk berpaut pada dahan tersebut bagi mendapatkan pemandangan yang lebih jelas.

“Tak boleh lihat kat bawah,” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata netizen terhibur dengan aksi Rania dan menyifatkan mereka memang sekufu dan serasi bersama.

Sekadar info, Sufian mendirikan rumah tangga bersama Rania Al-Sadat pada 2 Mei 2025.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata sulung perempuan iaitu Summayah Rose pada 24 April lalu.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Must Watch Video

Advertisement