Skip to main content

Selebriti

Alami Strok, Nenek 'Ned Spider-Man: No Way Home' Meninggal Dunia

Alami Strok, Nenek 'Ned Spider-Man: No Way Home' Meninggal Dunia

Sekilas

  • Pelakon Mary Rivera, yang memegang watak nenek kepada Ned Leeds dalam filem Spider-Man: No Way Home, meninggal dunia pada usia 82 tahun.
  • Mary dilahirkan di Iloilo, Filipina dan meninggal dunia di Honolulu, Hawaii selepas mengalami strok dan bergantung pada alat sokongan hayat.
  • Mary sangat berbangga dengan penglibatannya dalam filem Spider-Man: No Way Home dan meninggalkan suami serta empat anak.
Advertisement

Pelakon Mary Rivera yang membawakan watak nenek kepada Ned Leeds lakonan Jacob Batalon dalam filem Spider-Man: No Way Home dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Menurut media antarabangsa, Mary dilahirkan pada 2 Jun 1943 di Iloilo, Filipina, dan menghembuskan nafas terakhir pada 15 April lalu di Honolulu, Hawaii.

Advertisement

Seorang ahli keluarganya memaklumkan kepada bahawa Mary mengalami strok sebelum terpaksa bergantung kepada bantuan alat sokongan hayat.

Ahli keluarga tersebut turut berkongsi bahawa Mary amat berbangga dengan penglibatannya dalam Spider-Man: No Way Home, malah menganggap peluang membintangi filem itu sebagai antara pencapaian paling bermakna dalam hidupnya.

Dalam filem berkenaan, Mary yang memegang watak sebagai Lola muncul dalam babak bersama Peter Parker lakonan Andrew Garfield, Ned dan MJ yang dibawakan oleh Zendaya.

Advertisement

Sebelum kemunculannya, Ned dan MJ berada dalam situasi tegang apabila bertemu Peter Parker dari alam semesta lain yang muncul untuk membantu Spider-Man lakonan Tom Holland menyelamatkan dunia mereka.

Lola kemudian memasuki bilik tersebut dan menceriakan suasana. Menerusi terjemahan Ned, dia  meminta Spider-Man lakonan Garfield memanjat siling untuk membersihkan sarang labah-labah di sudut yang sukar dicapai.

Mary meninggalkan suaminya, Alejandro Rivera, serta empat orang anak iaitu Carmela Jones, Paul Rivera, Edwin Rivera dan Angela Kelly.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement