Skip to main content

Berita

Astro Arena Raih Anugerah Inspirasi MADANI, Angkat Sukan Tempatan

WhatsApp Image 2026 05 01 at 12.24.40 PM (1)

Sekilas

  • Astro Arena menerima Anugerah Inspirasi MADANI sempena Hari Harta Intelek Negara 2026 sebagai pengiktirafan terhadap usaha mereka dalam membangunkan kandungan sukan tempatan yang bernilai.
  • Ketua Sukan Astro, Nicholas John, menegaskan pengiktirafan ini mencerminkan komitmen mereka dalam memperkukuh dan melindungi kandungan sukan serta membina IP sukan yang memberi nilai berpanjangan.
  • Sejak 2010, Astro Arena konsisten menyokong sukan tempatan melalui liputan liga bola sepak Malaysia, pembangunan liga sukan seperti STL dan NSL, serta program mencungkil bakat muda di seluruh negara.

Saluran sukan tempatan, Astro Arena, terus melakar kejayaan apabila menerima Anugerah Inspirasi MADANI sempena Hari Harta Intelek Negara 2026 (HHIN 2026) yang berlangsung di Menara MyIPO, hari ini.

Anugerah ini mengiktiraf usaha Astro Arena dalam membangunkan kandungan sukan tempatan sebagai harta intelek yang bernilai, selain menghubungkan atlet, peminat dan rakan industri.

Ketua Sukan Astro, Nicholas John, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghargaan besar terhadap usaha berterusan mereka dalam memperkukuh kandungan sukan.

“Pengiktirafan ini amat bermakna buat kami kerana ia mencerminkan usaha yang telah kami bangunkan dan ia bukan sekadar membuat liputan, tetapi bagaimana kami membentuk dan mengembangkan kandungan sukan.

"Dengan menyampaikan kisah atlet secara lebih teliti, melindungi kandungan kami serta bekerjasama rapat dengan rakan industri, kami berusaha membina IP sukan yang mampu memberi nilai berpanjangan kepada atlet, peminat dan industri. Di situlah kami melihat peranan kami dalam ekosistem sukan yang lebih luas,"katanya.

Sejak dilancarkan pada 2010, Astro Arena konsisten menyokong sukan tempatan dengan memberi liputan kepada liga bola sepak Malaysia serta membangunkan IP sukan seperti Sepak Takraw League (STL) dan Netball Super League.

Selain siaran langsung, Astro Arena turut menghasilkan pelbagai program dan kandungan digital bagi menarik minat peminat, sekali gus membantu menaikkan nama atlet tempatan.

Usaha ini turut diperkukuh melalui program seperti Astro Kem Badminton, Klinik STL dan Klinik NSL bagi mencungkil bakat muda di seluruh negara.

Acara ini dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan berlangsung dari 28 hingga 30 April. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement