Seorang warga emas berusia 74 tahun membuat platform media sosial ‘heboh’ bukan sekali tetapi dua kali selepas berita dirinya berkahwin dengan gadis 24 tahun menjadi tular.
Warga emas yang dikenali sebagai Tarman itu pertama kali tular selepas majlis pernikahan dengan gadis bernama Shela Arika di Dusun Sidodadi, Desa Jeruk, Kecamatan Bandar, Pacitan, Jawa Timur itu berlangsung penuh mewah.
Advertisement
Hal ini lantaran jurang usia di antara mereka mencecah 50 tahun.
Kemudian, Tarman antaranya diketahui telah memberi mewah Toyota Camry sebagai hantaran dan mas kahwin yang cukup lumayan berjumlah sekitar RM764 ribu (Rp3 miliar) yang diberi secara cek kepada Shela.
Pada saat ramai warganet terpesona dengan kemewahan yang diberikan warga emas kepada isterinya itu, kini ia berubah menjadi skandal penipuan.
Viva.co.id melaporkan cek bernilai RM764 ribu sebagai mas kahwin tersebut adalah palsu atau cek kosong.
Kereta yang diberi sebelumnya sebagai hantaran pula merupakan kenderaan sewa.
Semua biaya perbelanjaan majlis pernikahan itu juga telah dikeluarkan keluarda pengantin perempuan.
Dan kini, Tarman telah menghilangkan diri selepas penipuannya terbongkar selepas 24 jam akad nikah berlangsung.
Lebih mengharukan, warga emas itu menghilang bersama motosikal milik keluarga Shela, dakwa seorang pengguna TikTok.
Menerusi laporan sama, pihak keluarga perempuan sudah memberi amaran terhadap ‘kemewahan’ yang disediakan calon menantu namun Shela tetap ingin menjadi isteri warga emas tersebut.