Skip to main content

Selebriti

“Bila Dah Meninggal Baru Nak Beri Gelaran…” - Norliah Ghani

“Bila Dah Meninggal Baru Nak Beri Gelaran…” - Norliah Ghani

Sekilas

  • Pelakon veteran Norliah Ghani berkongsi pandangan bahawa artis senior sering dipinggirkan dan kurang dihargai apabila tidak lagi aktif di TV atau filem.
  • Norliah menghargai usaha FINAS yang mengadakan program Tribute untuk mengiktiraf pelakon veteran sempena Festival Filem Malaysia ke-35.
  • Dia kini aktif di TikTok untuk berinteraksi dengan peminat dan mencari rezeki melalui platform tersebut tanpa rasa malu walaupun ada yang memandang serong.
Advertisement

Pelakon veteran, Norliah Ghani berpandangan artis senior semakin dipinggirkan dan kurang dihargai hanya kerana sudah tidak lagi muncul di kaca televisyen atau layar perak.

Menurut Norliah, penghargaan selalunya hanya diberikan selepas seseorang pelakon senior itu meninggal dunia.

Advertisement

Bagaimanapun, dia menghargai usaha FINAS yang sentiasa mengangkat nama artis veteran menerusi penganjuran program Tribute khas.

“Bila seseorang itu dah meninggal, barulah orang sibuk nak tanya siapa yang meninggal. Bila orang dah tak popular dan lama tak keluar TV atau filem, orang mula lupa dan tak hargai pengkarya itu. Bila dah meninggal, barulah nak beri gelaran Tan Sri atau Datuk. Waktu itu dah terlambat.

“Saya sangat berterima kasih kerana FINAS memberi penghargaan. Selama ini saya rasa orang tak begitu menyedari kehadiran saya. Maksudnya, orang masih ingat lakonan dan kehadiran saya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Norliah berkata demikian ketika menghadiri program Tribute kepada Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-35 di FINAS, Hulu Kelang pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama Opah itu berkata dia kini turut memberi tumpuan kepada media sosial seperti TikTok untuk terus berhubung dan menghargai peminat yang masih menyokong perjalanan seninya.

“Disebabkan isu itu juga, saya mula buat TikTok untuk berborak santai bersama peminat supaya saya dapat menghargai dan berterima kasih kepada mereka.

“Saya aktif di TikTok dan alhamdulillah sambutannya amat bagus. Jumlah tontonan saya pernah mencecah hampir tiga juta. Sekarang saya cari rezeki melalui TikTok dengan membuat review makanan dan menerima banyak undangan ke majlis-majlis.

“Bayaran pun okay, bolehlah untuk beli barang dapur. Sekarang pendapatan saya lebih banyak melalui TikTok. Ia tak mengambil masa yang lama. Kalau drama, memang akan ambil masa lebih banyak. Dengan TikTok, dua tiga hari dah boleh dapat hasil. Drama atau TikTok, kedua-duanya masih memerlukan saya berlakon. Kalau affiliate pun, kita masih kena bercakap,” ujarnya.

Dalam masa sama, Norliah berkata setiap pelakon senior mempunyai pilihan masing-masing sama ada mahu melibatkan diri dalam media sosial atau tidak.

Malah, dia tidak pernah berasa malu dengan penglibatannya di TikTok kerana baginya, dia hanya mencari rezeki yang halal.

“Itu terpulang kepada masing-masing. Ada orang kata malu buat TikTok, tetapi alhamdulillah setakat ini saya belum menerima komen negatif. Ada orang beranggapan kononnya bila dah tua, tak perlulah buat semua ini.

“Bagi saya, saya tak rasa malu atau salah kerana saya mencari rezeki yang halal. Mungkin saya ada menari dengan Gen Z, tetapi itu hanya untuk content. Namun, saya faham mungkin ada yang kurang berkenan dengan cara itu,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement