Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Bangga Anak Borneo Makin Diberi Perhatian, Marsha Milan Imbau Perjalanan Awal Dalam Industri - “Dulu Saya Tak Rasa Kerja Saya Valid Sebab…”

Borneo Rising: Bangga Anak Borneo Makin Diberi Perhatian, Marsha Milan Imbau Perjalanan Awal Dalam Industri - “Dulu Saya Tak Rasa Kerja Saya Valid Sebab…”

Sekilas

  • Marsha Milan berasa terharu melihat anak-anak Borneo kini mendapat lebih perhatian melalui program seperti Borneo Rising yang mencungkil bakat baharu mereka.
  • Marsha mengimbau zaman awal kariernya yang sukar kerana kekurangan platform pencarian bakat dan masalah pengangkutan untuk menghadiri ujibakat di semenanjung.
  • Beliau bangga dengan kemudahan yang ada sekarang yang memudahkan pelapis industri dari Sabah dan Sarawak untuk digilap dan menonjolkan potensi mereka.
Advertisement

Penyanyi, Marsha Milan meluahkan rasa terharu apabila melihat anak-anak Borneo kini semakin mendapat perhatian umum.

Menurut Marsha, program seperti Bornoe Rising bukan sahaja mencungkil bakat baharu, namun telah memberikan cahaya baru kepada anak Borneo dalam menonjolkan lagi potensi diri  mereka.

Advertisement

Pelantun Lagu Hening Rindu itu turut mengimbau kembali zaman awal pembabitannya di dalam industri yang disifatkan amat sukar kerana kekurangan platform pencarian bakat.

“Saya amat bangga dan gembira melihat pelapis dari Borneo. Akhirnya Sabah diberikan platform seperti ini. Ketika zaman saya iaitu sekitar tahun 2005, ianya sangat susah.

“Selepas melihat ujibakat dilakukan di beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, saya rasa bakal pelapis industri anak Bornoe kini lebih mudah didapati dan digilap,”katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Marsha turut berkata pada awalnya dia tidak meletakkan sebarang harapan ketika menghadiri ujibakat, malah dia tidak melihat platform nyanyian itu sebagai sebuah kerjaya yang sesuai dengan dirinya.

Bukan itu sahaja, anak Borneo juga turut mempunyai masalah pengangkutan kerana kebanyakkan ujibakat zaman dahulu sering dilakukan di semenanjung.

“Dulu saya tak rasa kerjaya saya valid sebab mungkin sebab saya tak lihat ia adalah platform untuk kerjaya. Namun, sekarang dah banyak program tv untuk mencari pelakon serta penyanyi.  

“Bayangkan orang dari pantai timur Sabah tiada pengangkutan untuk pergi ke ujibakat. Saya sangat bersyukur pengkarya Borneo kini telah menemui jalan,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement