Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Duet Bersama Harris Dikritik, Azeva Akui Dah 'Ready' Dihentam - “Saya Datang Bukan Untuk…”

Borneo Rising: Duet Bersama Harris Dikritik, Azeva Akui Dah 'Ready'  Dihentam - “Saya Datang Bukan Untuk…”

Sekilas

  • Penyanyi Azeva tidak kisah dengan kritikan dan kecaman selepas duetnya bersama Harris di pentas akhir Borneo Rising kerana sudah biasa menerima komen negatif sejak kecil.
  • Azeva menyangka dia dijemput sebagai hos dan bukan penyanyi jemputan, jadi dia sudah bersedia untuk menerima sebarang kecaman.
  • Dia mendoakan kejayaan seni Harris dan percaya nombor empat membawa tuah berdasarkan pengalaman peribadi dan keluarga.
Advertisement

Penyanyi, Azeva mengakui tidak kisah jika dikritik atau dikecam susulan duetnya bersama bintang Borneo Rising, Harris di pentas akhir program tersebut.

Menerusi perkongsian siaran langsung di Tiktok, Azeva berkata dia sudah terbiasa menerima komen-komen negatif daripada netizen sejak kecil lagi.

Advertisement

“Saya dari kecil orang hentam saya. Bila ada orang kata saya tak pandai nyanyi, tidak mengapalah orang cakap apa. 

“Ada orang kata saya, kau m*ti je dari jadi anak dia. Bila orang kata saya dahlah tak pandai menyanyi, berlakon hauk, hos tak best tetapi cantik. Saya macam hold up wau saya cantik.Saya memang tak boleh nyanyi sangat,”ujarnya.

Dalam masa sama, Azeva berkata pada awalnya dia tidak tahu dirinya dijemput sebagai hos dan bukanlah penyanyi jemputan.

Advertisement

Selepas mengetahui hal sebenar, dia sudah bersiap sedia dengan sebarang kecaman yang bakal dilemparkan terhadapnya.

“Saya tak tahu saya kena buat apa untuk dijemput final. Ingatkan duet host. Saya baru tahu minggu sama, hari isnin yang saya kena duet. Saya dah bersedia untuk kena hentam. 

“Saya tahu saya tak boleh. Saya ingat nyanyi bukan bertanding sebab itu saya okay. Ramai orang cakap pasal saya,”kongsinya.

Anak kepada penerbit, A.Aida itu turut mendoakan kejayaan seni Harris dan percaya dengan tuah kemenangan nombor empat. 

“Semoga Harris dimurahkan rezeki sebab selalu orang yang dapat nombor empat ini dimurahkan rezeki yang banyak. Lihat sahaja saya, Ammar, ayah saya,”katanya lagi

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement