Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Harris Pertahankan Azeva, Anggap Gurauan ‘Sumpahan Nombor Empat’ Keterlaluan - “Saya Rasa Pelik Sebab…”

Borneo Rising: Harris Pertahankan Azeva, Anggap Gurauan ‘Sumpahan Nombor Empat’ Keterlaluan - “Saya Rasa Pelik Sebab…”

Sekilas

  • Harris dari Borneo Rising rasa tindakan netizen kaitkan kemenangannya dengan penyanyi Azeva sebagai keterlaluan walaupun dianggap gurauan.
  • Dia tidak sangka dapat sampai ke minggu akhir dan bersyukur atas peluang serta rezeki yang diterima untuk beraksi di pentas tersebut.
  • Azeva telah memohon maaf kepada Harris atas isu yang timbul, dan Harris mengakui ada chemistry profesional antara mereka di atas pentas.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Harris berpandapat tindakan segelintir netizen yang mengaitkan kemenangannya dengan penyanyi, Azeva sebagai keterlaluan.

Menurut Harris, meskipun perkara tersebut dianggap gurauan, namun ianya kurang sesuai, malah dia berasa pelik kerana timbul dakwaan seperti itu.

Advertisement

“Saya rasa macam agak kurang sesuai tetapi saya anggap ia sebagai gurauan. Saya rasa pelik bila orang kata sebab Azeva, saya dapat nombor empat. 

“Ada sesetengah manusia rasa perkara itu gurauan, ada sesetenagh orang kata saya dapat sumpahan. Saya rasa ia agak keterlaluan,”katanya ketika dihubungi Gempak.

Katanya lagi, pada awalnya dia tidak jangka akan sampai ke minggu akhir, namun dia bersyukur kerana masih diberikan peluang dan rezeki untuk beraksi di atas pentas berkenaan.

Advertisement

“Saya tak jangka saya sampai ke pentas akhir. Saya terfikir dan selepas melihart persembahan, saya mungkin akan keluar etatpi alhamdulillah rezeki berpihak pada saya,”ujarnya.

Ditanya mengenai sama ada Azeva menghubunginya, Harris berkata Azeva ada memohon maaf padanya kerana menjadi penyebab isu tersebut tercetus.

“Azeva ada minta maaf pada saya dan kalau ada kurang. Dia kata sebab dialah, ada perbualan ini. Saya kata tidak mengapa. Kita layan sahaja netizen.

“Bagi pihak saya, saya ada rasa chemistry atas pentas. Dia sangat profesional. Chemistry itu ada. Mungkin di mata orang tak nampak, mungkin di dewan itu sampai,”katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement