Berita
Dah Ready Demam Gol & Gincu? Kenali Dulu Wajah Pelakon-Pelakonnya!
Selepas 13 tahun filem dan siri Gol & Gincu dilancarkan, kini ia muncul kembali dengan barisan pelakon serta kisah baru yang telah ditamatkan dalam Gol & Gincu Vol.2 (GG2).
Peminat filem yang pernah menjadi fenomena ini harus bersedia dengan jalan cerita serta wajah-wajah baru dalam GG2.
Meskipun masih mengekalkan pelakon asal seperti Sazzy Falak dan Sharifah Amani, namun GG2 menampilkan wajah baru dan lebih segar.
Sebelum ditayangkan pada 25 Oktober ini, Gempak dedahkan pelakon-pelakon serta watak mereka dalam GG2.
1.Diana Danielle (Zak)
Zak seorang yang bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa yang berada. Sentiasa gelisah dan selalu berada dirinya tidak diterima. Seorang yang degil keranatetap akan mengikut kepalanya sendiri walaupun menyinggung perasaan orang lain. Suka fesyen dan ingin menjadi seorang pereka fesyen. Selepas gagal dalam jurusan lain yang dipaksa dipelajari oleh ibu bapanya, ini adalah peluang terakhir untuk dia menyambung pelajaran dengan jurusan yang diminatinya.
2.Ummi Nazeera (Yaya)
Mempunyai sikap berlawanan dengan Zak. Seorang anak bongsu keapada seorang ibu tunggal. Mempunyai dua orang kakak. Sedikit dimanjakan. Seorang yang terkenal di Instagram kerana cantik, bagus dalam aktiviti kecergasan dan sangat gemar berbasikal .Sangat ambil berat tentang reputasinya di laman sosial. Sentiasa menunjukkan nilai-nilai yang berkualiti walaupun pada hakikatnya agak talam dua muka. Sangat kemas dan mementingkan kekemasan
3.Syafiq Kyle (Hakim)
Seorang yang agak poyo. Tidak pernah puas dengan apa yang. Agak ketagih dengan kemahsyuran, menghasilkan video viral adalah matlamatnya. Ada kaingin untukmenjadi pengacara realiti TV . Apabila berada dalam keadaan yang sukar, dia sentiasa menyalahkan orang lain . Seorang lelaki yang berasa dirinya tidak mempunyai masa untuk bercinta tetapi hakikatnya takut ditolak.
4.Aedy Ashraf (Mateen)
Tidak pernah menyedari yang sebenarnya dia mempunyai paras rupa yang menarik kerana sebelum ini dia pernah gemuk di zaman sekolah dan tidak mempunyai apa-apa, jadi dia sudah terbiasa dengan tiada orang memberi perhatian kepadanya. Oleh kerana dia tinggal bersama neneknya denga nagak lama di kampung, dia menjadi seorang yang gentlemen serta sering berperilaku baik dengan perempuan. Tidak mengambil tahu tentang gossip dan percaya yang kita perlu sentiasa menolong orang lain setiap masa.Matlamat jangka masa panjangnya untuk menjadi seorang wartawan yang serius.
5.Jad Hidir (Momok)
Seorang yang tidak banyak bercakap. Sentiasa bersama pasukannya lebih banyak bekerja daripada bercakap . Ingin menjadi seorang pengarah filem dan suka sebarang perkara berkaitan dengan filem . Sentiasa bertolak ansur dengan orang lain (yang mana membolehkan dia berkawan dengan Hakim) tetapi akan menjadi tidak terkawal jika sampai batasnya. Lebih suka berada di belakang kamera. Sangat pemalu apabila berkaitan dengan perempuan.
Must-Watch Video