Skip to main content

Selebriti

"Dah Tau Bukan Kau Punya, Kau Buka Kenapa!" - 'Parcel' Salah Alamat, Pempengaruh Berang Jiran Buka Bungkusan Tanpa Kebenaran

Joanne Alaxandre

Ringkasan AI

  • Joanna Alexandre kecewa kerana jirannya membuka parcel miliknya tanpa kebenaran walaupun nama dan alamat jelas tertera.
  • Parcel tersebut tersalah hantar oleh syarikat penghantaran J&T ke rumah jiran bertentangan.
  • Jiran itu membuka plastik parcel walaupun tahu barang tersebut bukan miliknya.
  • Joanna berharap jirannya hanya menyimpan atau menghantar parcel itu semula kerana rumah mereka hanya beberapa langkah sahaja jaraknya.
  • Netizen turut meluahkan rasa geram dan menyokong tindakan Joanna yang berkongsi pengalaman tersebut di media sosial.

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Joanna Alexandre meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap jirannya yang membuka parcel miliknya tanpa kebenaran.

Menerusi perkongsian di Threads, Joanna berkongsi bahawa parcel miliknya telah tersalah hantar ke rumah jiran bertentangan oleh sebuah syarikat penghantaran.

Namun apa yang benar-benar mengejutkannya ialah tindakan jiran tersebut membuka parcel berkenaan walaupun jelas tertera nama serta alamat Joanna pada bungkusan itu.

"Geram tau! J&T salah hantar parcel, dia pergi hantar rumah depan. Jiran aku ni pula dah sah-sah nama orang lain, alamat lain atas parcel tu dia boleh pergi ambil parcel tu dan buka. Bila dah buka, sah bukan barang dia tapi dia buka lagi plastik barang tu. Mana common sense. Dah tahu bukan kau punya, kau buka kenapa," katanya.

Joanna turut terkilan kerana jarak rumah mereka hanya beberapa langkah, namun jirannya tetap tidak menghantar parcel tersebut kepadanya.

"Simpankan je la. Nanti orang datang tuntut. Tak pun hantar je depan rumah ni. 10 Langkah je jalan. Aku ni memang tak puas hati ye sekarang.

"Saya pergi rumah jiran tu, parcel saya dalam keadaan terbuka padahal j&t hantar gambar di atas tembok dengan keadaan yang sempurna di hadapan rumah," ujarnya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram terhadap tindakan jiran berkenaan.

"Paling tak suka orang buka parcel kita.

"Geramnya, kenapa jiran dia pergi buka parcel tu.

"Gatal tangan betul. Rasa macam nak tumpeng maki juga.

"Tak patut buka pun parcel tu. Pergi je buat laporan polis," komen netizen

 

Sumber: Threads

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement