Sekilas
- Nurin Lofa mendedahkan suaminya didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain melalui video TikTok yang mendapat perhatian ramai.
- Dalam video tersebut, Nurin meluahkan rasa kecewa dan mendoakan agar wanita yang didakwa sebagai pihak ketiga tidak berbahagia.
- Kisah ini mencetuskan perbincangan netizen tentang cabaran dalam hubungan, terutama mengenai kesetiaan pasangan ketika susah dan senang.
Pempengaruh, Nurin Lofa mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan pengumuman mengejutkan mengenai suaminya yang didakwa mempunyai hubungan sulit bersama wanita lain.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nurin dilihat tidak dapat menahan sebak sambil mendoakan agar individu yang didakwa sebagai pihak ketiga itu tidak menemui kebahagiaan.
"Aku bersyukur aku tidak pernah menyibuk hal rumah tangga orang lain. Tetapi dengan nama Allah, aku bersumpah atas nama ayah ibu bahawa Tasha Wawa, budak STPM asal Temerloh kau tidak akan bahagia dunia dan akhirat," ujarnya.
Dalam masa sama, perkongsian tersebut memberi kesan emosi yang mendalam kepada netizen, khususnya golongan wanita yang turut tersentuh dengan situasi yang dialami.
Seorang pengguna di Threads turut berkongsi pandangan bahawa kisah ini membuka mata tentang cabaran dalam hubungan terutamanya apabila pasangan melalui fasa susah dan senang bersama.
Katanya lagi, lelaki yang benar-benar sanggup bersusah payah bersama wanita pada masa kini bukanlah mudah untuk ditemui lagi.
"Dari kisah Nurin Lofa kita belajar, lelaki kalau tengah miskin dia akan cari perempuan yang dia boleh dapat. Lelaki bila kaya, dia akan cari perempuan yang dia nak. Berhenti mengagung-agungkan kemiskinan.
"Lelaki yang susah senang sama-sama itu satu dalam sejuta. Lelaki yang susah sama-sama dah senang tinggalkan isteri berjuta-juta," tulis individu tersebut.
