Sekilas
- Seorang lelaki di Osaka, Jepun, didapati menyamar sebagai doktor lulusan Universiti Kyoto dan merawat 169 pesakit kanser tanpa lesen perubatan sah.
- Shinichi Harada, 67 tahun, menjalankan 417 sesi konsultasi dan mengeluarkan preskripsi di sebuah klinik antara September 2024 hingga April 2025.
- Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Harada yang menggunakan identiti palsu selama 30 tahun, termasuk untuk tujuan menjalin hubungan romantik.
Seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor lulusan Universiti Kyoto didapati merawat 169 pesakit kanser tanpa memiliki lesen perubatan sah di sebuah klinik di Osaka, Jepun.
Lelaki terbabit, Shinichi Harada, 67, yang merupakan bekas eksekutif sebuah syarikat, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Daerah Osaka pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan, Harada menjalankan sebanyak 417 sesi konsultasi dan mengeluarkan preskripsi kepada pesakit di sebuah klinik kanser di daerah Kita, Osaka antara September 2024 hingga April 2025.
Pihak pendakwaan mendedahkan bahawa tertuduh menggunakan identiti palsu sebagai doktor selama kira-kira 30 tahun, walaupun tidak mempunyai kelayakan atau lesen untuk menjalankan amalan perubatan.
Lebih mengejutkan, Harada didakwa mula menyamar sebagai doktor antaranya untuk meningkatkan peluang menjalinkan hubungan romantik dengan wanita.
Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun berbanding enam tahun yang dipohon pihak pendakwaan.
Harada mengakui menjalankan kegiatan perubatan tanpa lesen, namun menafikan pertuduhan penipuan.
Dia mendakwa telah menjelaskan risiko pelaburan kepada individu terbabit dan tidak pernah berniat memperdayakan sesiapa.
Sumber: Sinar Harian