Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Dulu Pegang Jarum Pun Kekok…” - Syasya Rizal Gembira Makin Pandai Gayakan Tudung, Anggap Semua Perkara Perlukan Masa

“Dulu Pegang Jarum Pun Kekok…” - Syasya Rizal Gembira Makin Pandai Gayakan Tudung, Anggap Semua Perkara Perlukan Masa

Sekilas

  • Syasya Rizal berkongsi rasa gembira kerana sudah mahir dan lebih yakin menggunakan jarum peniti untuk menggayakan tudungnya.
  • Dia mengakui pada awalnya sukar dan sering tercucuk jari serta tudung tidak kemas, tetapi kini sudah banyak peningkatan.
  • Pengalaman itu mengajarnya supaya tidak terlalu memaksa diri dan faham bahawa semua perkara memerlukan masa untuk dikuasai.
Advertisement

Penyanyi, Syasya Rizal meluahkan rasa gembira selepas mengenangkan dirinya sudah ada banyak peningkatan dalam menggayakan tudungnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Syasya berkata kini dia sudah mahir dan semakin yakin menggunakan jarum peniti. 

Advertisement

“Hari ini tengah bersiap, tengah pin tudung tiba-tiba saya terfikir “Eh , aku dah pandai guna jarum untuk style tudung’. 

“Nampak macam benda kecil kan tetapi setahun lebih lepas, semasa saya baru nak belajar pakai tudung, pegang jarum pun kekok. Asyik tercucuk jari, tudung senget sana sini,”tulisnya.

Meskipun nampak kecil bagi seseorang, namun perkara tersebut telah banyak mengajarinya untuk tidak terlalu memaksa diri dan percaya semua perkara memerlukan masa.

Advertisement

“Kemudian, ia mengingatkan saya pada sesuatu. Kadang-kadang, kalau kita terlalu keras dengan diri sendiri sebab kita nak terus pandai, terus baik, terus sempurna. Padahal semua benda perlukan masa.

“Bukan hari ini kita mula, esoknya terus sempurna. Kita manusia biasa. Kita belajar, tersilap dan cuba lagi.

“Sampai satu hari nanti, benda yang dulu kita rasa susah dah jadi sesuatu yang kita buat tanpa berfikir pun. Slowly but surely. Jangan berhenti hanya sebab kita belum sampai,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Must Watch Video

Advertisement