Skip to main content

Berita

Durian Runtuh! Pemancing Jadi Jutawan Segera Selepas Naikkan Keli Seberat 9.5KG

Pemancing

Sekilas

  • Seorang pemancing dari Terengganu, Mohamad Azhar Hamzah, menang hadiah utama RM1 juta selepas menaikkan ikan keli seberat 9.5 kilogram dalam pertandingan memancing di Pulau Pinang.
  • Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh peserta dari Terengganu dan Selangor dengan hadiah masing-masing RM100,000 dan RM50,000.
  • Kejohanan yang disertai kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara ini mengenakan yuran penyertaan RM220 dan menyediakan hadiah saguhati sehingga tempat ke-700.

Rezeki tak salah alamat! Itulah perumpamaan yang sesuai digunakan buat seorang pemancing dari Terengganu apabila muncul juara bagi pertandingan memancing di Kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar, Pulau Pinang dan meraih hadiah utama sebanyak RM1 juta.

Dalam pertandingan itu, pemenang yang dikenali sebagai Mohamad Azhar Hamzah berjaya menaikkan ikan keli seberat 9.5 kilogram sekali gus menewaskan ribuan peserta lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

Sementara itu, tempat kedua turut menjadi milik peserta dari Terengganu yang membawa pulang RM100,000 selepas menaikkan ikan seberat kira-kira 8.5 kilogram manakala tempat ketiga milik pemancing dari Selangor yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Kejohanan yang disertai kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara itu menyaksikan suasana di kolam berkenaan gamat dengan sorakan dan debaran sepanjang pertandingan berlangsung.

Difahamkan, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM220.

Malah, penganjur turut menyediakan hadiah saguhati RM500 dan RM440 sehingga tempat ke-700, menjadikan pertandingan itu terus menjadi buruan pemancing dari seluruh negara.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement