Skip to main content

Selebriti

Elly Mazlein Terharu Terima Pujian Ustazah Asma Harun, Suntik Semangat Baharu Untuk Jadi Lebih Baik - "Kata-Kata Itu Merupakan..."

Elly mazlein

Sekilas

  • Elly Mazlein berasa syukur selepas menerima pujian daripada Ustazah Asma Harun mengenai penampilan hijab terbaharunya.
  • Elly menganggap pujian itu sebagai satu doa dan motivasi untuk terus menjadi muslimah yang lebih baik.
  • Ramai peminat memberi respons positif terhadap gaya tudung labuh Elly dan ada yang meminta tutorial pemakaian daripadanya.

Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein meluahkan rasa syukur selepas menerima pujian daripada pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun berhubung penampilan hijab terbaharunya.

Elly atau mesra disapa Kak Lina berkata pujian tersebut telah menyuntik semangat baharu buatnya untuk terus menjadi muslimah yang lebih baik.

“Apabila menerima pujian daripada seorang agamawan, saya mengakui berasa sangat terharu. Kata-kata pujian dan doa yang diberikan membuatkan saya rasa dihargai.

“Saya benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Bagi saya, kata-kata itu merupakan satu doa dan berazam untuk terus berusaha menjadi seorang Muslimah yang terbaik," katanya kepada Gempak.

Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 yang berlangsung di Jakel, Mall pada Khamis.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sayap itu juga berkongsi dia menerima pelbagai mesej dan pujian mengenai gaya tudungnya malah ramai yang berpendapat gaya tersebut seolah-olah dicipta khas buatnya.

“Ramai peminat menghantar mesej peribadi dan meluahkan rasa terinspirasi dengan pemakaian tudung labuh yang digayakannya.
 

“Mereka sudah dapat mengenal pasti bahawa ia adalah gaya khas saya. Malah, ada yang meminta agar dia menghasilkan tutorial pemakaian.

“Tidak salah untuk memberikan contoh pemakaian yang baik untuk diikuti. Saya menganggap perkara tersebut sebagai satu tanggungjawab dan bersyukur atas sokongan yang diterima," ujarnya.

Terdahulu, Ustaz Asma Harun mengulas penampilan terbaharu Elly yang berhijrah selain dirinya tersentuh melihat perubahan figura kesayangan ramai itu.

Must-Watch Video

Advertisement