Skip to main content

Selebriti

Ezzanie Jasny Terlibat Kemalangan, Kepala Cedera - "Saya Pun Tak Pasti Apa Yang Berlaku"

Ezzanie Jasny

Pelakon, Ezzanie Jasny memaklumkan bahawa dirinya terlibat dengan sebuah kemalangan bersama ibu bapanya, semalam.

Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie berkongsi bahawa ibu bapanya dalam keadaan baik manakala dirinya sedang dalam proses pemulihan.

"Saya terlibat dengan kemalangan bersama ibu bapa saya semalam. Alhamdulillah, ibu bapa saya selamat. Saya belum sembuh sepenuhnya tetapi saya akan cuba yang terbaik untuk pemulihan," tulisnya.

Pelakon drama Impiana itu turut berkata bahawa dia juga mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan Ezzanie dan ibu bapanya.

"Saya juga ada kecederaan pada bahagian kepala dan saya pun tak pasti apa yang berlaku. Saya sedang tunggu doktor beri makluman terbaru pagi ini. Tolong doakan kami," ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement