Skip to main content

Berita

Gadis Ditemui Tinggal Rangka Selepas Setahun Dilaporkan Hilang… Cemburu Jadi Punca Utama

Gadis Ditemui Tinggal Rangka Selepas Setahun Dilaporkan Hilang… Cemburu Jadi Punca Utama

Sekilas

  • Rangka dipercayai milik Mozza Axillia Gunarsa, gadis dari Jawa Tengah yang hilang sejak 25 Jun tahun lalu, telah ditemui baru-baru ini.
  • Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai rakan rapat Mozza dan bertindak membunuhnya akibat cemburu selepas pertengkaran.
  • Jenazah Mozza dibawa pulang dan dikebumikan di Dusun Gebugan, Kabupaten Semarang dengan suasana pilu pada Jumaat lalu.
Advertisement

Misteri kehilangan seorang gadis selama lebih setahun akhirnya terjawab selepas rangka dipercayai milik mangsa ditemukan baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa yang dikenali sebagai Mozza Axillia Gunarsa dan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu telah dilaporkan hilang sejak 25 Jun tahun lalu.

Advertisement

Sebelum hilang, Mozza sempat memaklumkan kepada ibu bapanya menerusi WhatsApp bahawa dia mahu menghantar komputer riba milik rakannya di sekitar kawasan Makodam Semarang namun tidak pulang selepas keluar pada hari kejadian.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki anaknya termasuk menghubungi Bupati Semarang, Gabenor Jawa Tengah serta pegawai kanan polis menerusi mesej langsung di Instagram bagi mendapatkan perhatian terhadap kes tersebut.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Semarang, AKP Bodia Teja Lelana, usaha mengesan Mozza berdepan pelbagai kesukaran termasuk ketika meneliti akaun media sosial yang dipercayai kerap berhubung dengannya sebelum kehilangan.

Telefon bimbit Mozza juga telah dikembalikan kepada tetapan kilang, sekali gus menyukarkan siasatan.

Bagaimanapun, kes tersebut akhirnya menemui jalan penyelesaian selepas polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Mozza pada minggu lalu.

Bodia berkata, polis menemukan sebuah peranti elektronik yang masih mempunyai akses kepada akaun media sosial milik mangsa, sekali gus membantu siasatan.

Hasil siasatan kemudiannya membawa kepada penahanan MDVA atau V, 22, di kediamannya di Kabupaten Blora, Jawa Tengah.

Lelaki tersebut dipercayai merupakan rakan rapat Mozza yang dikenalinya menerusi platform TikTok.

“Perbuatan itu didorong oleh rasa cemburu melampau hanya kerana Mozza berkomunikasi dengan lelaki lain. Pada mulanya berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berakhir dengan pembunuhan,” jelas Bodia.

Pada Jumaat lalu, suasana pilu menyambut ketibaan jenazah Mozza di rumah duka di Dusun Gebugan, Kabupaten Semarang.

Jenazah mangsa dibawa pulang menggunakan ambulans milik PMI Kabupaten Semarang sebelum dikebumikan.

Sumber: Detik.com

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement