Berita
Gaya Tudung Nurul Izzah Menjadi Pilihan Aidilfitri Ini
Gaya tudung ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menjadi topic hangat di media sosial baru-baru ini.
Tidak dinafikan bahawa menjadi seorang berpengaruh pasti tidak lari dari tumpuan masyarakat sama ada dari segi percakapan, idea mahupun penampilan.
Nurul Izzah yang kerap dilihat tampil mengenakan tudung bawal dengan gaya tersendiri iaitu menyisipkan pin di kerudung bahagian pipinya telah menjadi perhatian ramai dan dijangka bakal menjadi trend paling popular lebaran ini.
Berikut adalah antara cakap-cakap netizen yang sempat kami kumpulkan mengenai gaya tudung Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu.
Raya nanti aku nak try gaya tudung yb izzah.— Maisarah Abdul Rashid (@sarahrashid97_) May 21, 2018
Okay nak try pakai tudung gaya YB Nurul Izzah lah raya ni hahaha
— Sarahhh (@sarahshirahh) May 18, 2018
Watch me wearing tudung Nurul Izzah's style this raya hihi ????
— 아이나 ?? (@ainabalqis__) May 11, 2018
Terdahulu, Izzah pernah berkongsi tutorial tudung bersama-sama adiknya Nurul Ilham melalui akaun YouTube.
Rata-rata netizen memberikan respon positif mengenai video berdurasi 4:07 minit itu yang mendapat lebih daripada 120,000 tontonan.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video